Merutinkan Dhuha..

Assalamualaikum wbt..

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan izinNya jua ustazah dpt menulis pada malam ini..
Lama betul rasanya ustazah tidak berkarya atau dgn kata lain tidak sempat menulis dan bertemua semua pelawat2 setia blog ustazah ni..

Dengan kesempatan yg ada ni ustazah gunakan utk menulis walaupun pendek. Tajuk kali ini  ustazah menyeru diri ustazah dan rakan2..utk sama2 melaksanakan solat dhuha..seterusnya menjadikan ianya sebagai rutin harian seperti makan, mandi,berpakaian kemas, berhias atau apa saja yg tidak pernah kita tinggalkan dalam kehidupan harian kita.

Bayangkanlah betapa sibuknya kita seharian menjalani kehidupan kerjaya dan rumahtangga terutamanya wanita iaitu para ibu dan isteri. Bekerja siang malam tanpa henti, habis urusan di pejabat sambungnya kerja di rumah pula..AllahuaAkbar…byknye kerja kan..tk henti2..

Jadi ..dalam kesibukan kita mengejar urusan duniawi Allah memanggil kita utk berhenti sebentar..bukan BEREHAT SEBANTAR BERSAMA KIT KAT..

tp dengan melaksanakan solat sunat dhuha 2 rakaat..lakukanlah..dan percayalah Allah tk pernah kecewakan hambaNya yg selalu memohon kepadaNya. Barangsiapa yg melaksanakan solat dhuha nescaya Allah cukupkan rezeki utk hari itu…

Renung2kan selamat beramal…
Anda buat anda dapat…

-USTAZAH AZIMAH-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>