Soalan Teka-teki Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum wbt

Bersua lagi kita dengan izin Allah swt.. Kali ini ustazah berkongsi pulak soalan2 imam al-ghazali kepada anak muridnya..macam teka teki la jugak…kan

ENAM SOALAN IMAM AL-GHAZALI KEPADA ANAK MURIDNYA

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
MATI – sebab semua akan mati dan kita tidak diberitahu bila kita akan mati.

2. Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?
MASA YANG DAH LALU ATAU PERGI – sebab masa yang lalu tidak akan kembali dan akan terus pergi.

3. Apa yang paling besar di dunia?
NAFSU – sebab nafsu boleh membawa kita ke neraka.

4. Apa yang paling berat di dunia?
MEMEGANG AMANAH – sebab tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat tidak mampu memenuhi permintaan Allah s.w.t. supaya menjadi khalifah atau pemimpin, sedangkan manusia sanggup dan realitinya ramai yang tidak mampu memenuhi amanah itu dan akan ke neraka.

5. Apa yang paling ringan di dunia ini?
MENINGGALKAN SOLAT – sebab ramai manusia yang mengaku Islam tetapi meninggalkan solat sebab kerja, berniaga, mesyurat, sukan dan sebagainya.

6. Apa yang paling tajam di dunia ini?
LIDAH MANUSIA – sebab dengan lidah, manusia mudah menyakiti hati orang lain dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Setakat ini dulu sehingga kita berjumpa lagi.

-ustazah azimah-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>