Bertemu lagi kita pada kali ini dan ustazah suka nak bercerita tentang kisah yg istazah baca di dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki tulisan Saudara Fathuri Salehuddin..
Seorang penarik beca tua bernama Pak Kasan yg tinggal di daerah Klaten, Jawa Tengah , Indonesia.
Beliau mempunyai amalan sedekah yg unik. Dia akan memberikan perkhidmatan percuma pada pelanggannya setiap hari jumaat. Ini bermaksud sesiapa yg naik becanya pada hari jumaat tidak perlu membayar tambang beca.
Pada suatu hari jumaat seorg wanita kaya menaiki beca Pak Kasan. Apabila sampai ke destinasi tujuannya dia pun hendak membayar tambang , tetapi Pak Kasan tidak menerimanya dan berkata setiap jumaat dai memberikan perkhidmatan percuma. Wanita kaya itu tersenyum, dan agak hairan juga rasa tidak berpuashati. Dan beliau ingin menguji si penarik beca itu pada minggu berikutnya.
Seperti minggu sebelumnya Pak Kasan tidak mahu juga mengambil wang upah menarik beca. Wanita itu meminta utk berjumpa keluarga Pak Kasan, dia mendapati Pak KAsan mempunyai isteri yg soleha dan anak2 yg baik tingkahlakunya. Sesungguhnya Pak Kasan pada pandangannya adalah seorang yg sangat miskin jika dibandingkan dengan dirinya. Namun Pak Kasan masih mampu bersedekah.
Wanita itu malu dengan dirinya yg mewah dan berada tetapi telah meninggalkan amalan bersedekah. Lalu dia dengan senanghati menjemput Pak Kasan dan kelaurga utk menunaikan ibadah haji pada tahun itu.
Begitulah ajaibnya apabila berbuat sesuatu semata-mata kerana Allah, khususnya dalam soal sedekah. Pasti Allah akan balas berkali ganda. Begitulah janji Allah, janji yg pasti ditunaikan sejak dulu, kini dan sehingga hari kiamat.
-ustazah azimah-