Assalamualaikum dan Salam Ukhwah
Syukur ke hadrat Illahi kerana dgn limpahan kasih sayangNya ustazah mampu utk menulis pada hari ini. Tajuk yg suka ustazah nk kongsikan hari ini ialah ” terkejut + tahajjud = sujud “
Sabda Rasullullah saw : Sesiapa bangun daripada sebahagian waktu malam dan membangunkan isterinya (pasangannya) lalu keduanya keduanya solat dua rakaat bersama-sama, maka keduanya dimasukkan pada malam itu dalam golongan orang-orang yg banyak berzikir kepada Allah SWT, lelaki mahupun perempuan” Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Hiban)
Bukan senang utk kita bangun malam atau mendirikan solat d waktu malam yg dinihari. Sedang kita lena diulit mimpi dan dibuai mimpi2 indah alangkah lenanya tidur kita. Sudah tentulah sukar utk kita kan. Tetapi dalam lena tiba2 kita terjaga dan tersedar mungkin kerana bermimpi ngeri, atau bunyi tangisan anak kecil bagi yg ada bayi, atau juga bunyi dengkuran suami maka bersyukurlah dengan fenomena2 itu. Maka bersegeralah kita bangun, membasuh muka mengambil wudhuk utk menunaikan solat2 sunat. Mungkin kita juga boleh mandi dan berwangi2an lalu menunaikan solat2 sunat dan berzikir utk memohon hajat2 kita dan mendapat keberkatan dari Allah swt.
Bagi seorang isteri pula perlulah memohon izin suami utk melakukan solat2 sunat tersebut. Ustazah percaya suami pun mesti suka dan bertetima kasih jika kita mahu melakukan solat2 sunat tersebut supaya rumahtangga kita akan diberi keberkatan.
Sebaiknya solat ditepi katil, jika selepas solat tiba2 tangan suami mencari2 isteri di sebelah maka isteri boleh terus tidur semula dlm keadaan wangi dan segar. mBukankah ini satu langkah dan seni2 penambat kebahagiaan rumahtangga…
Kasih sayang Allah kita dapat kasih sayang suami pun sama, tentu seronokkan..
ANDA BUAT ANDA DAPAT..
-ustazah azimah-
Salam
Hmmmm…idea yang bagus..tips untuk keluarga bahagia
Assalamualaikum Ustazah.
1. En3 di atas sangat menyentuh jiwa saya. Mohon kebenaran untuk share di FB saya.
2. Mohon ustazah buat en3 berkenaan solat berjemaah untuk wanita sesama wanita dalam berbagai situasi, iaitu sesama dewasa, bercampur dewasa dengan kanak-kanak, imam bersama seorang makmum, imam bersama ramai makmum dll. Kalau boleh sertakan dengan gambarrajah sekali.
TK.