Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah
Pada post yg terdahulu usatzah ada menyatakan hukum inai lukis. Jadi pada hari ini sekali lagi ustazah ingin mengemukakan hukum inai lukis menurut
MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA MAJLIS KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL AGAMA ISLAM MALAYSIA KALI KE -88 yg bersidang pada 2hb Oktober 2009 yg man atelah membincangkan tentang PEMAKAIAN INAI BERCORAK mengikut syarak:
MUZAKARAH ini telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki adalah HARUS bagi wanita samada yg belum berkahwin atau yg sudah berkahwin selagi mana ia tidak menimbulkan fitnah.
2. Namun begitu kadar pemakaian inai dikedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja. Warna yg digunakan pula mestilah tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yg meragukan.
3.Mengenai pemakaian inai bercorak pada tangan dan kaki seperti ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah DIBENARKAN.
Manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa, ajaran atau apa jua gambar yg bertentangan syarak adalah DILARANG.
4. Manakala Pemakaian inai pada kedua-dua tangan dan kaki bagi LELAKI pula adalah TIDAK DIHARUSKAN kecuali pada sebilangan jari samada 2-3 jari bagi pengantin lelaki semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
-sumber MAJALAH ANIS keluaran Disember2011-
dicatat
-ustazah azimah-