Bersyukur..atau berterima kasih..

Assalamualaikum wbt dan Salam Syawal..

Bersyukur kita kepada Allah Yang Maha Esa kerana limpah kurnianya dan kasih sayangNya kita masih mampu bernyawa dan dapat melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya. Syukur Alhamdulillah..

Hari ini ustazah suka berbicara tentang SYUKUR dan TERIMA KASIH.. adakah terdapat perbezaan pada perkataan2 ini? ataupun adakah ianya mempunyai maksud dan pengertian yg sama..

Pada pendapat ustazah maksud dan pengertiannya sama sahaja 2 perkataan SYukur dan terima kasih. Cuma perkataan syukur lebih merujuk ucapan terima kasih kita kepada Tuhan Sekelian Alam, tetapi ucapan terima kasih kita tujukan kepada sesama manusia.

Ucapan syukur dan terima kasih selalu kita ucapkan, selalu kita sebutkan setiapkali kita berada dalam keadaan gembira, tatkala kita menerima pemberian  dari seseorang. Berapa ramaikah di antara kita yg berterima kasih kepada Allah swt dan berterima kasih kepadaNya apabila kita dijauhkan dari bala atau perkara2 buruk.

Ucapan syukur yg mesti kita ucapkan setiap hari kepada Allah swt  ialah Alhamdulillah..atau sambungnya ‘hi rabbil ‘alaa min’ yg bermaksud segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.

Jika sesama manusia kita sering mengucapkan kata “terima kasih..mak” “terima kasih.. cikgu” dan macam2 lagi.. Orang yg menerima ucapan terima kasih itu pula akan berasa seronok dan gembira. Contohnya ustazah la.. selalu lepas menghidangkan makanan utk ahli keluarga dan selepas makan anak2 dan suami akan ucapkan terima kasih ” terima kasih ummi sebab masakkan makanan utk kitaorg” alahai..sejuk hati hilang rasa penat memasak tadi..memang ucapan itu sangat2 memotivasikan..” sama2 nanti ummi masakkan lagi makanan yg sedap2 utk korang”..jawabustazah.

Mari sama2 kita lihat pulak dalil2 alquran tentang syukur..

1–“Kami akan memberikan balasan kepa orang-orang yang bersyukur.”      Ali Imron : 145.

2–“…Sesungguhnya jika kamu bersykur niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” . Ibrahim : 7.

3–“…Ingatlah kamu kepada-Ku, niscaya Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.”       Al Baqarah : 152.

Bersama2lah kita renungkan dalil2 syukur yg ustazah bawakan..

Akhir kata..Marilah kita bersyukur..

-ustazah azimah-

One thought on “Bersyukur..atau berterima kasih..

  1. Assalamualaikum ustazah dan selamat Hari Raya Aidil Fitri,
    alhamdulillah ustazah…dan terima kasih kerana kerana menyedarkan dan mengingatkan saya agar sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat Allah swt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>