Assalamualaikum wbt dan Salam Aidil fitri 1432
Syukur kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izInNya, kasih sayangNya kita masih berupaya melaksanakan perintahNya di penghujung Ramadhan tahun ini.. Kita berdoa bersama2 supaya Ramadhan akan datang kita akan jumpa lagi.
Alhamdulillah dengan kesihatan yg cemerlang yg dikurniAkan Allah kita dapat melakukan ibadah puasa dan solat fardhu setiap waktu. Dapat melakukan ibadah2 sunat sampingan atau sisipan dicelah2 ibadah fardhu itu tadi.
InsyaAllah esok hari kita akan menyambut hari kejayaaan, hari kemenangan dan hari kegembiraan. Semuanya akan jelas terpancar di wajah2 insan yg kita sayang iaitu ahli keluarga, sanak saudara, jiran tetangga dan semua muslimin dan muslimat amnya.
Janganlah keghairahan kita menyambut Syawal menyebabkan kita terlupa atau terlalai melakukan ibadah2 fardhu. Janganlah di salahkan Syawal yg menyebabkan semua amalan2 baik kita ketika Ramadhan terhenti serta merta.
Dikesempatan ini ustazah mencadangkan perkara2 yg kita lakukan ketika menyambut pagi 1Syawal:
1. Bangun awal dan mandi sunat Syawal
2. Jika subuh belum masuk waktu bersolat sunatlah dahulu samada tahajjud atau yg lain2..
3. Jika ada masa lagi bacalah quran walaupun 5ayat..(1 muka surat juga baik)
4. Lakukan Solat Sunat Fajar, (Nabi tidak pernah meninggalkannya)-Sesudah masuk waktu subuh
5. Lakukan solat Subuh berjemaah jika tak dapat berjemaah solatlah bersendirian..
6. Jangan lupa gerakkan anak2 atau keluarga ajaklah mereka bersama-sama.
7. Sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri kita disunatkan makan terlebih dahulu..
8. Jaga pakaian kita dan anak2 kita hendaklah menutup aurat.
9. Janganlah berlebih2an ketika bergaya
10. Menziarahi sanak saudara dan kaum keluarga
11. bermaaf2an..dan berterus terang tentang kejahatan kita padanya..(ada berani??)
Akhirnya berhati2 lah ketika menyambut hari raya..solat jgn kita tinggalkan. Sesiapa yg bermusafir bolehlah melakukan solat qasar jamak..ianya lebih memudahkan..ISLAM ITU MUDAH..tkde sebab untuk kitaq meninggalkan solat..
ANDA BUAT ANDA DAPAT..