Al-Quran pertunjuk,terapi dan syafaat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan

Bersyukur kita kehadrat Illahi kerana dengan izinNya kita semua masih sihat dan berupaya untuk melakukan ibadah puasa di bulan yg barakah ini.

Pada 17 Ramadhan yg lalu kita telah bercuti sempena Nuzul Quran iaitu turunnya Al-Quran. Seseungguhnya Al-Quran itu kitab yg diturunkan kepada Nabi Muhammad saw..ianya juga mukjizat yg paling agung buat baginda.

Banyak kelebihan yg kita dapat apabila kita mengamalkan membaca Al-Quran pada setiap hari dan waktu yg terluang. Sebaiknya kita jadikan amalan membaca Quran itu sebagai satu hobi.

Al-quran sebagai PERTUNJUK dan memimpin manusia ke jadalan kebenaran dan seterusnya mencari redho Allah swt. Sebaiknyua lagi jika kita membaca quran dan kita baca juga bersama terjemahannya. Sekurang2nya kita dapat juga memahami isi dan keterangan2 yg terkandung di dalamnya.

Jika kita ditimpa musibah hati yg gundah, gelisah, resah maka kembali lah kita dengan membaca Al-quran kerana ianya juga sebagai satu TERAPI jiwa dan rohani kita. Pasti kita akan beroleh ketenangan yg cemerlang..insyaAllah.

Firman Allah swt: “Hai manusia sesungguhnya telah datang kepadamu (quran) menjadi pelajaran dari Tuhanmu. Penyembuh bagi (sifat-sifat jahat) yg berada di dalam dada. Dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yg beriman” – surah Yunus 57

Al-quran juga mampu memberikan kita SYAFAAT di akhirat kelak, apabila dibaca semasa hidup kita. Menjadi teman yg paling rapat dan mesra semasa kita berada di alam kubur. Menemani menerangi rumah kita yg sempit dan gelap itu.

Akhirnya ustazah menyeru kepada semua dan termasuk diri ustazah sekali supaya menjadikan amalan membaca Quran secara berterusan dan istiqamah. Biarpun sedikit tapi setiap hati..

ANDA BUAT ANDA DAPAT..

2 thoughts on “Al-Quran pertunjuk,terapi dan syafaat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>