Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan..
Bertemu kita lagi pada kali ini dibulan yg penuh kemuliaan diantara seribu bulan. Marilah bersama kita manfaatkan masa dan waktu yg terluang dengan ibadah2 yg wajib dan ditambah pula dgn ibadah yg sunat.
Suka ustazah kali ini mengajak semua pengunjung blog ini dan diri ustazah sendiri utk melakukan solat sunat tahajjud. Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian. Jika dapat kita lakukan bersama pasangan kita samada suami atau isteri serta juga anak2..Ya Allah alangkah indah dan bahagianya rasa hidup kita ini.
Solat sunat Tahajjud hukumnya sunat muakkad iaitu sunat yg sangat dituntut, berbetulan kerana kelebihan dan fadhilatnya yg banyak.
Rasullullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunat tahajjud ini baik ketika baginda bermukim atau bermusafir.
Sabda Nabi saw:
“Wahai manusia sampaikanlah salam, berilah makan, sambung silaturrahim dan solatlah pada malam hari ketika oranglain sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.
Ustazah cadangkan apabila kita bangun bersahur kita boleh melakukan solat sunat tahajjud samada selepas sahur atau sebelum sahur. Jika tidak bangun bersahur pada bulan2 yg lain kita susah untuk bangun malam. Inilah saat dan ketikanya utk kita melakukan solat sunat tahajjud yg sangat2 dituntut ini.
sekian dahulu , wassalam
-ustazah azimah-
Assalamualaikum ustazah,
Alhamdulillah sy baru ketemu blog ustzh yg banyk pengisian yg blh sy manfaatkan. InsyaAllah nasihat ustzh utk b’solat tahajjud akan sy usahakan. Smoga sy dpt amalkan dgn ikhlas & istiqamah. Doakan ye. =)