Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..
Syukur ke hadrat Illahi kerana diberiNya kita kesihatan yg baik, kemudahan urusan dan berbagai2 lagi nikmat dan pemberianNya yg tidak ternilai kepada kita setiap hari..
Sedapnya nasi dan lauk yg kita makan, sejuknya air yg kita minum..: “Nikmat Tuhan yg manakah yg hendak kamu dustakan..” terjemahan ayat surah Ar Rahman.
Jom kita semak dan selidik sudah berapa tahun umur kita di atas muka bumi Allah ini, berapakalikah kita pernah melakukan sujud syukur sebagai tanda syukur dan terima kasih kita kepada Allah swt Tuhan sekelian Alam.
Oleh itu hari ini suka ustazah berkongsi cara2 sujud syukur mengikut Imam Syafie
1. Berniat
2. Sujud seperti sujud dlm solat fardhu (sekali shj)
3. Bacaan ketika sujud sama seperti bacaan ketika sujud biasa juga. Selepas itu berdoalah kepada Allah mohon dan kemukakanlah permohonan dan hajat.
Selepas itu memberi salam.
Akhir kata jom kita amalkan sujud syukur..
-ustazah azimah-
4.
Perlu disertai dengan wudhuk kan ustazah?
ustazah, sy nak tanye beberapa soalan:
1) niat die mcm mn ye?
2) lps niat trs sujud ke?
3) lps sujud tu bc tahiyyat akhir ke mcm ustazah?
mohon jasa baik ustazah trgkan dgn lebih lanjut ek. =))
salam ustazah..
1-untuk buat sujud syukur ni kena ambil wudhuk jugakke?
2-perlu memakai telekung dan sujud diatas sejadah ke ustazah..
saya xpernah buat sujud syukur,hanya ucap Alhamdulillah jer..teringin nak buat.