Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera..
Alhamdulilah syukur kita kehadrat Illahi dgn limpah kurniaNya dpt kita bersama2 lagi berkongsi ilmu. Hari ini suka ustazah nk kongsikan terjemahan selawat Nariyah/Tafrijiyah.
“Wahai Tuhan Kami, limpahkanlah rahmat dan nikmat yg sempurna dan kesejahteraan yg meluas ke atas penghulu kami Nabi Muhammad saw yg dengan berkatnya semoga akan terurailah segala simpulan, ikatan dan akan terhapuslah segala kesusahan serta tertunailah segala hajat, juga akan tercapailahsegala maksud dan kesudahan umur yg baik (mati dalam aman) , dan limpahan air hujan rahmat dengan berkat peribadinya yang mulia. Dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan hembusan nafas, maka semoga Engkau limpahankan rahmat kesejahteraan dan keselamatan yang cukup sempurna”.
Di amalkan kali setiap kali lepas solat fardhu atau pada bila2 masa kita lapang fadhilatnya ialah mustajab doa, meluaskan rezeki, dijauhkan bahaya dan menghilangkan segala dukacita..InsyaAllah dengan izin Allah jua.
-ustazah azimah-
Assalamualikum wbt..
Terima kasih sy ucapkan pada ustazah kerana berkongsi ilmu ini…dah lama sy cari akhirnya sy jumpa di blog ustazah…syukran…
Salam Ustazah…,
Pohon jadikan amalan & share ilmu.
Jazakallahu Khairan Katihran…