Terjemahan Doa Selepas Baca Ma’thurat..

Assalamualaikum wbt.. Salam perpaduan

Alhamdulilah dgn limpah kurnia dari_Nya, ustazah mampu meluangkan masa untuk mengemaskini tulisan ustzah pada hari ini.

Suka ustazah nk kongsikan hari ini “Terjemahan Doa Selepas Baca Al-Ma’thurat”

Bismillah hirrahmanir rahim..

Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama)Mu, hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yg ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu.

Ya Allah, kurniakanlah kami iman yg sempurna,hati yg khusyuk, ilmu yg berguna, keyakinan yg benar-benar mantap. YaAllah kurniakanlah kami (din) cara hidup yg jitu dan unggul, selamatkanlah kami dari segala bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yg tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orglain.

Ya Allah Berikanlah kami iman yg sebenarnya sehingga kami tidak gentar atau mengharap oranglain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yg bersama-sama kami.

Ya Allah, Janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami sendiri walaupun  kadar sekelip mata atau kadar yg lebih mudah dan cepat wahai Tuhan yg memperkenankan doa (perkenankanlah)

selepas itu berselawatlah ke atas Nabi Muhammad saw

Doa ini boleh juga di baca ketika lepas solat fardhu

-ustazah azimah-

2 thoughts on “Terjemahan Doa Selepas Baca Ma’thurat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>