Sebab doa tidak diterima..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera..

Bertemu lagi kita kali ini dan suka ustazah nak kongsikan tajuk ” SEBAB DOA TIDAK DITERIMA”

Kita selalu bertanya dan tertanya kepada diri kita mengapa doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah..

Jom kita semak diri kita adakah kita tersenarai di antara salah satu sebab yang akan dicatakan di bawah ini nanti:

1. Kamu mengenal Allah tetapi tidak menunaikan suruhan-Nya

2. Kamu telah membaca quran tetapi kamu tidak beramal dgnnya

3. Kamu berkata Neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya

4. Kamu menyangka kamu cinta kepada Rasulullah, tapi kamu meninggalkan sunnahnya

5.Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaibban manusia, tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri

6. Kamu berkata Syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya

7. Kamu berkata mati itu adalah benar, tapi kamu tidak bersedia untuknya

8. Kamu telah makan nikmat Allah, tetapi kamu tidak tunaikan suruhan-Nya

9.Kamu telah berkata Syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya

Itulah di antara sebab mengapa doa2 kita tidak diterima oleh Allah.

Marilah bersama kita hindari perkara2 di atas dengan harapan semua doa kita akan di makbulkan oleh Allah swt insyaAllah.

-ustazah azimah-

2 thoughts on “Sebab doa tidak diterima..

  1. salam ustazah..saya pun nak kongsi jugak yea..semoga ilmu yang dikongsi membawa manfaat bersama..thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>