Solat sunat sblm Subuh..
Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah..
Bertemu kita lagi dengan izin Allah swt. Kali ini ustazah suka untuk berkongsi 1 lagi amalan kesukaan Nabi saw iaitu Solat Sunat Sebelum Subuh.
Jom kita dengar kisah ini:
Suatu ketika, Rasullullah saw terlewat datang ke masjid untuk solat subuh. Baginda sampai di masjid dan terus sahaja mengimani solat. Selepas solat, Rasullullah SAW memberitahu sebab kelewatannya, kerana ada urusan yang perlu diselesaikan. Kemudian baginda menunaikan dua rakaat sebelum Subuh.
“bukahkah tuan sudah terlewat benar, wahai Rasullullah?” Bilal bertanya, seakan membawa maksud, sudah lambat pun ,masih menyempatkan diri untuk solat sunat dua rakaat?’
Jawab Rasullullah saw, “Sekiranya aku terlambat lebih daripada itu, aku akanĀ tetap solat dua rakaat dengan sempurna”
Baginda menggambarkan kelebihan solat dua rakaat qabliah(sebelum) subuh melalui sabdanya, ” Dua rakaat fajar lebih baik daripada dunia dan segala yang ada di dalamnya.”
Dalam riwayat lain: “Lebih aku sukai daripada dunia seisinya.”
(riwayat Muslim)
wassalam
-ustazah azimah-




May 3rd, 2011 at 2:54 pm
Assalamualaikum,
Adakah solat sunat fajar dan solat sunat sebelum subuh itu sama?
June 8th, 2011 at 7:17 pm
Assalamualaikum ustazah, bagaimana niat dan wktu untuk mengerjakan solat sunat subuh
terima kasih
June 9th, 2011 at 9:29 am
wsalam, waktunya ialah apabila telah masuk waktu subuh. solat sunat ini dilakukan sebelum melakukan solat fardhu subuh.
niat: sahaja aku solat sunat fajar/sebelum subuh 2 rakaat, kerana Allah Taala
June 9th, 2011 at 9:32 am
wsalam ayu
ye sama..
June 9th, 2011 at 8:50 pm
terimakasih banyak ustazah
May 30th, 2012 at 11:59 am
alhamdulillah terimakasih ustazah
atas cete diatas..
October 6th, 2012 at 12:13 pm
ustazah.. nk copy boleh?