Sebaik-baik Penolong..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi, hari ini suka ustazah berkongsi tajuk “sebaik-baik penolong…”

Siapakah sebaik-baik penolong itu..sudah tentunya Rabbul ‘Izzati yang menciptakan alam ini dengan segala isi didalamnya..

Benarlah firman Allah swt:

“HASBUNALLAHU WANIKMAL WAKIL”

yang bermaksud: ” Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami dan sebaik-baik pelindung..”

Ini bermaksud tiadalah ada sesuatu yang lain samada manusia atau jin yang dapat membantu kita melainkan dengan izin Allah swt.

Tatkala kita ditimpa bencana atau musibah siapakah yang dapat membantu atau menghulurkan bantuan kepada kita?

Baru2 ni ustazah membeli buku yang bertajuk ” TRAVELOG SYAHADAH” menurut penulisan,  Islam penuh keajaiban.. semasa penulis hendak diserang oleh sekumpulan lelaki jahat di dalam penjara beliau hanya menyebut di dalam hatinya kalimah لأاله الا الله  lalu beredarlah lelaki2 jahat itu tanpa mengusik atau mencedarakan nya..

Jika kita ada masalah tk kiralah besar mana permasalahan kita itu, kita mohonlah pertolongan dengan Allah.. ambil wudhuk solat sunat 2 rakaat, tadahlah tangan mohonlah pertolongan kepadaNya..kerana

Allah adalah sebaik-baik penolong..

wassalam

-ustazah azimah-

3 thoughts on “Sebaik-baik Penolong..

  1. Assalamualaikum w.b.t Ustazah…
    Boleh ustazah jelaskan bagaimanakah caranya kita hendak meminta bantuan dari Allah ketika kita di dalam keadaan haid. Sebabnya ketika suci kita mampu menunaikan solat sunat dsb. Minta ustazah jelaskan cara-caranya.
    Terima kasih.

  2. salam.
    ustazah, sya ingin bertanya sikit tapi xada kena mengena dengan entri.
    boleh ke kita mandulkan kucing? kucing jantan biasanya akan kencing sepah-sepah dlm rmh kdg2 sya pun xperasan. kalau sya keluarkan dari rumah, kucing tu nanti gaduh dgn kucing lain

  3. ustazah, saya amat memerlukan ustazah untuk membimbing saya dlm satu perkara. harap ustazah dapat email pada saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>