Assalamualaikum wbt dan Salamn Sejahtera..
Bertemu lagi kita pada kali ini, dengan tugasan di sekolah dan aktiviti sek pada hari Sabtu menyebabkan ustazah tak berkesempatan untuk mengemas kini blog perkongsian ini.
Selepas solat maghrib malam ini ustazah seperti biasa mengmbil kesempatan utk mengaji quran 1 muka surat shj bukan byk pun. Ustazah baca surah An Nisa’ dan membaca terjemahannya. Terjemahan ayat dlm surah ini menarik perhatian ustazah , jadi ustazah bercadangan untuk kongsikan bersama-sama pembaca dan pengunjung blog ustazah nie.
Terjemahan Surah An Nisa’ ayat 23;
Wanita / perempuan yang haram dikahwini ialah:
1. ibumu
2. anak-anak perempuanmu
3. saudara-saudara perempuanmu
4. saudara-saudara ayahmu yg perempuan
5. saudara-saudara ibumu yg perempuan
6. anak-anak perempuan dari saudaramu yg lelaki (anak saudara)
7. anak-anak perempuan dari saudara perempuanmu
8. ibu2 yg menyusui kamu (ibu susuan)
9. saudara perempuan sesusuan
10. ibu-ibu isterimu(mak mertua)
11. anak-anak perempuan isterimu (anak tiri) jika kamu belum ‘mencampuri’ isterimu
12. isteri anak kandungmu (menantu)
13. haram menghimpunkan 2 saudara perempuan sekaligus..(dimadukan adik dan kakak)
wassalam
-ustazah azimah-
salam ustazah.
Peringatan dan perkongsian yang baik.
bolehkan menikahi anak saudara isteri.iaitu anak kakak ipar,kakak ipar dan isteri adalah adik beradik.
bolehkah menikahi anak saudara perempuan isteri,iaitu anak perempuan kakak ipar,kakak ipar dan isteri adalah adik beradik (dimadukan)
ustazah..mohon copy untuk disiarkan di blog nurlinblog.blogspot.com . Syukran