Makanan sejuk atau panas..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahterasup-panas2

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah berkongsi tajuk tentang yang manakah menjadi pilihan kita .. “Makanan yg Panas atau yg Sejuk”

Kebanyakkan kita suka makanan yg panas..betul tk? tapi mari sama2 kita lihat contoh yang Rasullullah saw berikan pada kita sbg contoh ikutan.

Diriwayatkan bahawa saidatina Asma r.h.a, puteri Syaidina Abu Bakar r.a..selepas beliau memasak makanan, maka ia menutupnya terlebih dahulu sehinggalah hilang kepanasannya.
Kemudian beliau berkata: “Aku telah mendengar Rasululullah saw bersabda: “Sesungguhnya cara itu lebih besar keberkatannya” (Riwayat ¬†ad-Darimi)

Selain dari itu sahabat Nabi saw Abu Hurairah r.a juga menekankan sedemikian: “Tidak aku menjamah sesuatu makanan itu melainkan sesudah hilang wap panasnya terlebih dahulu.” (Riwayat al-Baihaqi)

Itulah cara sunnah Nabi saw ketika baginda hendak makan. Baginda tidak pernah menjamah makanan ketika ia( masih) panas.

Tidak ramai diantara kita yg tahu bahawa menikmati makanan ketika suam atau disejukkan terlebih dahulu mengandungi penuh keberkatan dan diberkati disisi Allah swt.

Ini bukanlah beerti makanan yg panas tidak boleh dimakan tetapi bimbang boleh terjadi kecederaan seperti melecur lidah dll, selain itu memakan makanan yg masih panas meluap-luap itu kurang keberkataannya.

Dengan sedikit catatan ini mampu membantu kita semua memilih makan yg mempunyai keberkatan disisi Allah swt .

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

5 thoughts on “Makanan sejuk atau panas..

  1. salam…pernah juga baca tentang ni..saya memang suka makan masakan yang dipanaskan dulu…suami pulak tak suka sebab susah nak makan katanya..jadi sekarang dh jarang makan panas2..biar sejuk skit.

  2. Salaam ustazah,

    Saya kurang setuju jika diterjemahkan nas-nas yang diberikan di atas seperti makanan ‘ditutup hingga hilang kepanasannya’, ‘hilang wap kepanasannya’ dan ‘masih panas’ sebagai amalan Rasullulah s.a.w. untuk makan makanan sejuk… Bagi saya, nas-nas tersebut membawa erti bahawa baginda menunggu makanan meluap-luap panas itu sehingga menjadi SUAM, BUKAN SEJUK, sebelum terus dijamah. Sains juga telah membuktikan bahawa makanan yang sejuk boleh menggalakkan pembiakan bakteria dan kuman. Wallahu’alam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>