Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Pada Kali ini suka ustazah nk ajak semua pembaca merenungkan sebatang pokok yg terkenal di Malaysia iaitu pokok yg bernama POKOK KELAPA..
Kerana pokok kelapa ini banyak berguna dan memberi manfaat kepadakita semua. Pokok kelapa ini pelbagai guna dari hujung daun, buah, batang dan akarnya..semua itu ada gunanya..
Penanaman pokok kelapa yg paling banyak di Malaysia ialah di negeri Perak iaitu di kawasan Bagan Datoh@ nama lamanya Bagan Datok (tanah tumpah darah ustazah), tercacat di dalam buku geografi semasa ustazah di tahun 4 1984 yg lalu.
Daun kelapa yg muda boleh dibuat sarung ketupat, lidinya pula boleh di buat penyapu atau lidi pencucuk cucur , buahnya pula boleh dimakan semasa mudah apabila sudah tua isi yg tebal diparut di buat santan kelapa. Apabila buah kelapa sudah diambil isinya tempurung yg tinggal boleh dijadikan bahan bakar, utk dapur kayu. Sabut nya pula digunakan utk memasak bahulu dan kuih2 lain. Batang yg lembut dinamakan umbut kelapa boleh dibuat sayur. Semasa di kpg ustazah setiap kali ada kenduri kawin pasti ada sajian atau menu gulai lemak umbut kelapa..fuh sedapnya.. Batang yg keras pulak boleh dijadikan titi.
Pendek kata semua bahagian di sebatang pokok kelapa semuanya memberi manfaat dan kegunaan kepada kita semua.
Sepatutnya kita sebagai manusia dan khalifah yg di jadikan Allah swt dapat memberi manfaat kepada semua manusia lain.
Teringat ustazah akan sebuah hadis Rasullullah SAW yg bermaksud:
“Sebaik-baik kamu (manusia) adalah orang yang paling bermanfaat utk manusia”
Ustazah juga teringat akan pesanan ustaz semasa ustazah belajar dulu.
“Kita ni kalau boleh jadi seumpama pokok kelapa yg mampu memberi manfaat yg banyak kepada manusia, dan dari buah kelapa itu juga akan tumbuhnya sebatang lagi pokok kelapa…” masih segar kata2 itu. sekarang baru ustazah faham.. mungkin juga ustazah ni ibarat pokok kelapa yg baru tubuh dan sedang membesar dari pokok kelapa yg lama itu..
Subhanallah hebat sungguh ciptaan Allah Tuhan Sekalian Alam
-ustazah azimah-
Betul, ustazah.
Pokok kelapa itu memang banyak gunanya, begitu juga manusia. Kita sebagai manusia memang banyak kelebihan yang Allah berikan, tinggal kita nampak atau tidak sahaja dan ke mana kita salurkan kelebihan-kelebihan itu.
Pada jalan betul atau jalan yang salah.
to pemerhati dunia
ustazah bersetuju dgn pendapat anda
Assalamualaikum,
Ustzah,
Saya pohon izin Ustazah utk pjgkan ilmu dalam blog Ustazah ni pda rakan-rakan.
Terima kasih.
silakan..
silakan..jgn lupa tuliskan sumber ye..ajak ramai lg kwn2 saudari dtg blog ustazah ye