Ajarlah anakmu berenang..

Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan gambar-renang-kecik

Suka ustazah bawakan sebuah hadis yg bermaksud:

Abu Umamah ibn Sahl r.a meriwayatkan bahawa Umar Alkhattab r.a menulis kepada Abu Ubaidah al-Jarrah r.a mengarahkan kepadanya, ” ajarkanlah anak-anak kamu berenang.” (Riwayat Ahmad)

Jelaslah kepada kita di sini  bahawa mengajar anak berenang atau menghantar anak2 ke kelas renang adalah sesuatu yg baik dan di tuntut. Sukan ini juga melatih anak2 kita utk bersifat berani,sabar,  tenang dan berdisiplin.

Gunakanlah masa cuti atau hujung minggu kita dengan berfaedah. Apabila kita pandai berenang maka bertambahlah satu ilmu lagi dalam kehidupan kita/ anak2 kita.

Pada cuti penggal yg lalu ustazah pun telah menghantar 2 putera kesayangan ustazah (AWIS QARNEY & ARIF IDDYN) untuk mengikuti kelas renang (itu pun mereka yg minta ) bagi menyambung pembelajaran mereka yg telah tertunda sejak 5 tahun yg lalu..kesian anak2..

Alhamdulillah setelah cukup 8 kali sessi pelajaran (2bulan punye lesson) mereka sudah boleh berenang..kuak dada, kuak lentang tinggal gaya bebas shj yg masih belum mereka kuasai..katanya susah Wallahualam

-ustazah azimah-



2 thoughts on “Ajarlah anakmu berenang..

  1. Setuju dengan ustazah, skill berenang ini adalah sesuatu yang perlu diketahui oleh semua orang.. tahniah kepada austazah kerana sedar tentang kepentingan belajar berenang ini.

  2. Assalamualaikum ustazah.

    Apa khabar?
    Terpanggil dgn coretan ustazah ‘Ajarlah anakmu berenang’….

    Disini sy nk promote ebook ‘Teknik Berenang’ dgn harapan dapat membantu ustazah dan rakan2 yg melawati blog ustazah ni yer…
    klik jer kt sini —–> http://goo.gl/Jtkji

    Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>