Sifat wajib bagi Allah..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Kepada semua pembaca blog ini yg dirahmati Allah..

Kali ini ustazah suka nak berkongsi tajuk¬† “Sifat Wajib Bagi Allah swt” yg wajib kita percaya dan beriman dengannya. Tajuk ini juga adalah permintaan dari seorg murid tahun 2 yg menghantar email kepada ustazah. Bagi menyampaikan hajat murid comel ini, ustazah tuliskan.

Adapun sifat wajib itu juga dikenali sebagai ‘SIFAT 20′

1. Wujud – ada

2. Qidam – sedia ada

3.Baqa’ – kekal

4. Mukholafatuhu lil hawadis – Bersalahan Allah itu bagi segala yg baharu

5. Qiamuhu binafsih – Berdiri Allah itu dengan sendirinya

6. Wahdaniah_ Esa/tunggal

7. Qudrat – Kuasa

8. Iradat – Berkehendak

9. Ilmu -Mengetahui

10. Hayyat – Hidup

11. Sama’ – Mendengar

12. Basar – Melihat

13. Kalam – Berkata-kata

14. Kaunuhu Taala Muqodiran – Allah Maha Berkuasa

15. Kaunuhu Taala Muridan – Allah Maha Berkehendak

16. Kaunuhu Taala¬† ‘Aliman – Allah Maha Mengetahui

17. Kaunuhu Taala Hayyan – Allah Maha Hidup

18. KaunuhuTaala Sami’an – Allah Maha Mendengar

19. Kaunuhu Taala Basiran -Allah Maha Melihat

20. Kaunuhu Taala Mutakalliman – Allah Maha Berkata-kata

Jikalau nak mudah ingat dan hafal cubalah kita bernasyid atau melagukannya dengan nasyid yg disampaikan oleh kumpulan Nasyid Raihan.

Selamat bernasyid

-ustazah azimah-

3 thoughts on “Sifat wajib bagi Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>