Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera
Tahun 2010 telah meninggalkan kita, kini kita semua berada di tahun yang baru iaitu tahun 2011. Semuanya baru semangat baru, azam baru dan macam2 lagi.
Untuk anak2 yg bersekolah yg memulakan sessi persekolahan baru bagi 2011 merengek2 minta dibelikan semua kelengkapan yg baru, kasut baru, baju sekolah baru, beg baru, stokin baru dan lain2 lagi..
Perlukah semuanya baru? mungkin perlu dan mungkin juga tidak..
tapi dari segi psikologinya perlulah sesuatu yg baru..kerana menjadi fitrah manusia memang sukakan yg baru. Tambahan pula kanak2.. bila ke sekolah pada hari pertama persekolahan dgn pakaian yg baru dan semangat yg baru. Ada yg bangun pd hari pertama tk perlu dibangunkan oleh ibubapa.. sampai begitu sekali penangan ‘BARU’ dalam kamus hidup kanak2.
Tapi jika keluarga yg kurang kemampuan bagaimana mereka hendak menyediakan semua keperluan anak2 dgn serba baru.. sedih juga jika memikirkan perkara itu. Alhamdulilah syukur kita dan terutama diri ustazah sendiri kerana dapat menyediakan keperluan anak2 ustazah dgn pakaian baru dan buku2 keperluan sekolah shj yg baru. Beg yg masih elok tidak pula diganti kerana boleh diguna pakai lagi. Diterangkan kepada anak2 dan alhamdulillah mereka memahami. Jika membazir kawan siapa..? kawan syaitan kata anak2 ustazah. Terkesan jugalah sikit2 adab dan aqidah yg diterapkan sejak kecil lagi.
Pada hari pertama ke sekolah ustazah nampak semua murid yg memakai uniform baru ..wajahnya ceria dan yakin. Semoga murid2 akan menjadi khalifah di muka bumi ini usatazah doakan kalian semua menjadi anak yg soleh dan solehah, dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Wassalam
-ustazah azimah-
Salam ustazah. teringat saya semasa zaman kanak-kanak dulu. seronoknya dapat beg baru, pakaian baru. dan yang paling menyeronokkan tidak susah-susah langsung untuk berfikir tentang masalah dunia.
Saya amat bersyukur berpeluang untuk ke sekolah walaupun keluarga dalam keadaan susah dahulu.
Terima kasih pada mak dan ayah yang berjaya mendidik saya hingga ke hari ini walaupun saya telah berkahwin.
Salam, ustazah.
Insyaallah, bila anak saya besar nanti, saya hendak ajar dia agar sentiasa bersederhana seperti mana yang pernah diajar oleh mak dan ayah semasa di bangku sekolah dahulu. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat mengamlkannya sehingga kini.
Bila melihat gambar di atas, terkenang semasa masih di sekolah rendah dahulu.
salam pemerhati dunia
bagus tu dah ada perancangan awal2 lagi..