Zakat Pendapatan..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi kita pada kali ini dan rasanya masih belum terlambat lagi untuk ustazah mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua pembaca muslimin dan muslimat yg dirahmati Allah.

Semoga di tahun baru Hijriah ini kita hijrahkan diri kita utk membuat perkara2 yg baik dan meninggalkan perkara yg dilarang. Semakin banyak perkara2 kebaikan dan kebajikan yg kita lakukan akan menghindarkan diri kita dari melakukan kemungkaran dan seterusnya kemaksiatan..

Oleh itu ustazah mengajak anda semua pembaca yg dirahmati Allah swt supaya melakukan zakat pendapatan. Biarpun zakat pendapatan ini baru sangat2 lagi kita dengar ataupun ada yg tidak pernah mendengarnya langsung. Wajib kah zakat pendapatan ini ustazah? apakah dalilnya..

Pertama zakat pendapatan ini dikira sebagai harta. Jika harta wajiblah kita zakatkan.

Dengan dalil al-quran sebagaimana Allah swt berfirman di dalam surah AlBaqarah ayat 267 yg bermaksud:

“Wahai org2 beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sabahagian daripada hasil baik usaha kamu”

Tidak syak lagi bahwa pendapatan gaji kita sebagai seorang doktor,guru,pegawai,peguam,kerani,tukang kebun, pekerja kilang, pekerja swasta dll adalah pekerjaan yg baik kan.

Zakat pendapatan ini boleh dibayar sebulan sekali atau setahun sekali. Pilihlah yg mana lebih menyenangkan anda semua.

Kiraannya pula ialah seperti biasa iaitu 25% dari pendapatan bulanan kita itu. Di dalam buku “soal jawab remeh temeh zakat tetapi anda malu bertanya” ada menyatakan 2 cara iaitu:

1. zakatkan 2.5% daripada gaji kasar

contoh gaji kita RM3000x2.5% = RM75 sahaja.

atau cara pilihan yg kedua:

2. Zakatkan 2.5% gaji bersih kita setelah ditolak semua perbelanjaan sara hidup seperti ini:

gaji kasar RM 3000 tolak ansuran kereta RM400,ansuran rumah 600, bagi ibubapa di kampung RM400, belanja dapur sebulan rm600, saku sekolah anak2 x2org rm200. bersih RM800.

jadi RM800 x 2.5% =RM20 maka kita zakatkanlah pendapatan kita sebulan RM20 shj. (tk byk mana pun)

Lakukan zakat pendapatan supaya rezeki dan pendapatan kita itu akan diberkati Allah swt dan apabila dimakan oleh isteri dan anak2 akan menjadikan mereka itu semuanya soleh dan soleh menjadi penyejuk mata InsyaAllah…

Akhirul Kalam semoga kita menjadi hamba Allah danĀ  orang yg bertakwa

-ustazah azimah-

3 thoughts on “Zakat Pendapatan..

  1. Assalammualaikum Ustazah,

    Ana sekadar nak bertanya.

    1. Apakah di dalam pegangan Mazhab Syafie ada menyatakan ZAKAT PENDAPATAN?

    2. Benarkah ada qaul yang mengatakan bahawa PENDAPATAN / GAJI itu adalah perlu dizakatkan didalam pegangan Mazhab Syafie?

    3. Apakah kaedah yang digunakan yang menjadikan PENDAPATAN / GAJI yang di terima seseorang sebagai harta?

    Wallahu a’lam

    Terimakasih

  2. Salam Ustazah,

    Pertama sekali syabas diucapkan kerana berjaya membangunkan laman blog ini bagi membantu saya dan yang lain-lain dalam menjawab sebarang kemusykilan.

    Ustazah, saya dan keluarga bercadang membuka sebuah tabung bagi membantu ahli keluarga, saudara mara dan orang-orang muslim yang memerlukan. Persoalan saya, boleh tak saya salurkan duit zakat saya ke dalam tabung ini yang mana kemudiannya akan disalurkan kepada golongan-golongan ini.

    Perlukah saya mengeluarkan zakat bagi tabung ini juga?

    Alhamdulillah, saya juga ada bankin kan duit ke dalam beberapa akaun seperti tabung GAZA, sekolah tahfiz dan seumpamanya. Boleh ke saya kira ini sebagai zakat walaupun tanpa akad atau ianya sebagai sedekah?

    Sekian, harap ustazah dapat membantu.

    Wassalam

    Norlia

  3. salam buat Hjh Norlia

    1. zakat hukumnya wajib, manakala sedekah jariah adalah sunat hukumnya

    2. berzakat pada asnaf zakat yg 8, jika ada saudara mara kita yg dekat yg fakir dan miskin pun boleh kita berikan zakat kita pd mereka

    3. Hasrat Pn Hjh nk buka akaun membantu saudara mara dan semua org2 islam itu saya dahulukan ucapan tahniah dan syabas

    4. Wang simpanan yg cukup haul dan nisab hendaklah dizakatkan, utk menambah keberkatan
    5. wang yg pn hjh sedekah utk GAZA atau sek thafiz itu tk boleh dikira zakat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>