Hukum Sambutan Hari Lahir..

Assalamualaikum wbt dan salam Syaaban..

Syukur ke hadrat Allah swt kerana kita masih bernyawa hingga ke hari ini, dan ustzah suka nk berkongsi tajuk ” HUKUM SAMBUTAN HARI LAHIR” atau pun Birthday Party . Semalam ustazah ada mendengar ceramah seorang ustazĀ  tentang hukum ini.

Majlis Sambutan Hari Jadi@Lahir dan sewaktu dengannya.. Hukum asalnya ialah harus. Ini bermakna buat tk dapat pahala dan jika tidak buat tidak berdosa.

Ini adalah kerana Nabi saw tidak pernah mengajarkan kepada kita umatnya untuk membuat sambutan atau majlis seperti itu. Dan tidak ada pula NAs Al-Quran atau Hadis Nabi yg menghalang kita dari melakukannya.

Oleh itu bolehlah kita meraikan sambutan ulangtahun kelahiran kita itu..dengan pelabagai cara yang baik dan menjuruskan kita untuk meraih pahala bertepatan dengan peningkatan atau pertambahan unur kita itu. Seperti melakukan solat sunat hajat, memberi makan fakir miskin dan anak yatim, bersedekah sempena hari jadi kita.

Dan berhati2lah kita agar Majlis atau sambutan Hari Lahir kita itu tidak ada unsur2 haram yang akan mengundang dosa iaitu memotong kek yang ada lilin dan meniup lilinnya itu hukumnya haram kerana itu adalah amalan orang kafir.Hadis NAbi saw ” Barang siapa yg meniru gaya atau amalan orang kafir maka mereka itu sebahagian darinya”..Nauzubillah

Ustazah pun ada juga mengadakan sambutan atau majlis hari lahir biasanya untuk suami dan 2 anak ustazah kerana mereka lahir pada bulan yang sama iaitu November ( suami dan anak sulung awis qarney 8.11 dan arif iddyn 13.11) jadiĀ  setiap 2 tahun sekali ustzah akan mengadakan kenduri doa selamat dan majlis kesyukuran jemput jiran dan sahabat handai serta saudara mara terdekat.

Sekian dahulu utk kali ini

Wassalam

-ustazah azimah-

4 thoughts on “Hukum Sambutan Hari Lahir..

  1. salam ustazah…saya pun 8/11 gak…..ustazah doakan kesejahteraan saya masa smbut bthday anak ustazah..hehehe..jgn lupa…

  2. ustazah, mcm mana plak klau kita nak kt majlis atau sambut hari lahir ni haram sebab mengikut cara hidup barat, atau kafir….dan jelas ada dalil yang mengatakan sesiapa yang ikut cara hidup sesuatu kaum maka dia adalah dikalangan kaum itu juga….minta komen ustzh….terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>