Sam’iyat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.. kiamat

Bertemu lagi kita dengan tulisan ustazah pada kali ini dan suka ustzah untuk berkongsi tajuk “SAM’IYAT”

Pengertian Sam’iyat ialah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis.

Dalil kewajipan beriman dengan perkara sam’iyat seperti firman Allah yang bermaksud:
” (Orang yang bertaqwa) ialah orang yang beriman dengan perkara-perkara ghaib” – surah al baqarah

Contoh2 perkara sam’iyat:

1. Alam Barzah – alam kubur
2. Soalan kubur – soalan yang ditanya oleh malaikat munkar dan nakir
3. Nikmat kubur : nikmat kepada orang yang mentaati perintah Allah
4. Azab kubur : siksaan kepada orang yang banyak melakukan dosa
5. Mahsyar : tempat berkumpul selepas dibangkitkan semula
6. Mizan : Alat timbangan amalan
7. Sirat : titian yang merentangi neraka untuk memasuki ke syurga
8. Syurga : tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah
9. Neraka : tempat siksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah

Semasa mengajar tajuk Sam’iyat ini di dalam kelas tahun 6 ada seorang murid bertanya JIN, SYAITAN dan HANTU tu termasuk dalam perkara2 sam’iyat ke ustazah? Ustazah menjawab “YA”.. kerana JIn , Syaitan itu tidak dapat kita lihat dengan mata kasar tetapi hanya dengan izin Allah swt sahaja ada sesetengah orang yang mampu melihat dan bercakap dengan makhluk tersebut, Wallahu’alam…

Wassalam

-ustazah azimah-

4 thoughts on “Sam’iyat..

  1. assalamualaikum ustazh..lama sungguh sy x singgah blog ustazh ni..hmm..kehadiran sy kali ini untuk memohon pendapt dr ustazh selaku orng yg lbh alim soal agama..sudi kiranya ustazh memberi pendpt ustazh

    sy perasan rmi sahabat sy yg suka berdoa di dalam facebook,friendster,kdng2 hantar msg doanya kpd kawan2 melalui hp,dan segala rangkaian internet supaya doanya itu diketahui ramai..contohnya begini

    1.ya Allah,sesungguhnya aku banyak dosa..engkau ampunilah aku
    2.ya Allah,aku tabah akan dugaan mu ini
    3.ya Allah,engkau berikan ketabahan kpd ku untuk menduduki peperiksaan esk
    4.ya Allah,peritnya dugaan yg sedang aku alami ini..berikan aku kekuatan untuk menghadapinya
    5.dan macam2 lg

    sy amatlah keliru akan perbuatan seumpama itu.persoalan sy..soal rasa insaf,rasa taubat dlm diri kita,dan permohonann hajat kita kpd Allah,perlukah ataupun bolehkah kita dedahkan kepada umum akan hubungan peribadi kita dngn Allah

  2. salam ustazah…
    saya nak mnta penerangan dr ustazah…di antara perkara2 samiyat di atas, ada slh satunya..nikmat kubur…bole x ustazah jelaskan nikmat kubur itu iaitu nikmat kepada org yg mentaati Allah…??

    dan lagi satu..bole ustazah jelaskan kebaikan dan keburukan kita beriman pada perkara2 samiyat?apa aplikasinya dlm kehidupan…sgt memerlukan penjelasan..

    terima kasih…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>