Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dengan kesempatan yg ada ini , Syukur Alhamdulilah ustazah mencari juga ruang dan masa untuk menuliskan sesuatu buat bacaan rakan2 pelawat adan pengunjung yang dirahmati Allah.
Suka kali ini ustazah berkongsi tajuk “DosaKecil dan Dosa Besar”
Pengertian Dosa Kecil:
Amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah tetapi tidak disertai ugutan dan ancaman dari Allah.
Pengertian Dosa Besar pula ialah:
Amalan yang dilakukan yang dilarang oleh Allah disertai dengan ugutan dan ancaman dari Allah
Contoh2 Dosa Kecil:
1. Membazir
2. Membuang Masa
3. Membuang sampah merata-rata
4. Melihat perkara2 yg maksiat
5. Mendengar perkara/lagu2 yang melalaikan
Contoh Dosa2 Besar:
1. Syirik
2. Sihir
3. Membunuh
4. Minum Arak
5. Berzina dan liwat
6. Menuduh orang berzina(fitnah)
7. Derhaka kpd ke2 ibu bapa
8. Lari dari medan perang
9. Putus Asa dari rahmat Allah
Oleh itu marilah kita sama2 menjauhi perkara2 yg menyebabkan kita mendapat dosa samada dosa kecil atau dosa besar.
Firman Allah yg bermaksud:
“sesengguhnya orang yg mendapat balasan kebaikan adalah orang yg menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yg kecil-kecil (yg mereka terlanjur melakukannya, maka ianya dimaafkan) sesungguh Allah itu Maha Luas PengampunanNya” Ayat 32:Surah An Najm
Wassalam
-ustazah azimah-
Sallam ustazah, terima kasih atas entry ini…
salam ustazah….alhamdulillah Allah m’buka peluang sy untuk m’dekatkan diri dgn ilmu2-Nya…
ada soalan b’kenaan dosa besar…
umum tahu,proses menimba ilmu jg dikira b’jihad di jalan Allah…adakah seolah olah pelajar itu b’ada di medan perang dlm perjuangan ilmu?
dan,sekiranya dia menolak twrn dari satu-satu pst pengajian diumpamakan spt lari dr medan perang??
syukran ya ustzh…=)
salam lipislady
sama2, semoga kita sama2 dpt manfaat darinye
salam
tidak, jika kita menolak satu2 tawaran pengajian itu tidak lah sprt kita lari dr medan perang. kerana pengajian ini kita kena buat pilihan utk ilmu yg ingin kita pelajari