Jangan tinggalkan Ibadat..
Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana kita masih boleh bertemu di alam maya, dan ustazah boleh menulis catatan untuk dikongsikan bersama2 pembaca2 yang dirahmati Allah.
Hari ini suka ustazah berkongsi tajuk ” Jangan Tinggalkan Ibadat “..
Pernyataan ini untuk mengingatkan diri ustazah sendiri dan juga sahabat2 pembaca semua..
1.Kita sebenarnya mestilah selalu berzikir dan mmengingati Allah SWT tidak kira di mana sahaja kita berada.. sedanag duduk kah, sedang berdirikah atau sedang diamkah.. atau sebagainya.
2.Solat juga sebagai tiang agama janganlah kita tinggalkan dengan sengaja melainkan kita terlupa atau tertidur maka wajiblah kita qada’ atau ganti dengan segera.
3. Membaca Al-Quran sebagai satu ibadah sunat untuk memohon dan mendapatkan syafaat. Quran itu tanpa kita sedari mampu memberi syafaat kepada kita di alam kubur atau di akhirat nanti kepada para pembacanya yang setia.
4. Solat Tahajjud juga salah satu lagi ibadah sunnat yang sangat dituntut kerana orang yang rajin melakukan ibadah solat sunat tersebut akan memiliki hati yang bersih, wajah yang bercahaya kerana hidung dan dahinya akan menjadi saksi mereka bersujud kepada Allah.
Ini juga akan memudahkan mereka menghadapi sakratul maut, menerima buku amalan dengan tangan kanan, mudah meniti titian sirat dan mudah menghuni syurga Allah , InsyaAllah..
Sekian buat kali ini. Wassalam
-ustazah azimah-



June 8th, 2010 at 1:45 pm
thanks a lot ustazah for this entry.
dapat menyedarkan saya yg kadang kadang leka ini.
May Allah be with u in whatever u do.
=)
August 9th, 2010 at 1:35 pm
salam to nusaibah
sama2 lah kita saling ingt mengingati
December 18th, 2010 at 10:37 am
salam ustazah..kita digalakkan supaya berzikir walau dimana berada dan ketika berdiri,duduk & sebagainya..tp mcmna jika kita berada di dalam tandas?bolehkah berzikir?atau menyebut nama allah…
January 8th, 2011 at 4:20 pm
salam zannah
berzikir merapatkan diri kita kpd Allah juga sbg satu cara memberi ketenangan hati. doa masuk tandas kita baca sblm masuk tandas, doa keluar tandas kita akan baca bila kita dh keluar tandas.
tak boleh berzikir dlm tandas
January 12th, 2011 at 6:07 pm
salam zannah
tidak boleh berzikir di dalam tandas..doa masuk dan keluar tandas di baca ketika kita berada di luar tandas