Nama-nama yang baik..
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Hari ini suka ustazah untuk berkongsi nama2 pilihan atau nama2 yang baik untuk anak-anak kita yang bakal lahir.
Bertepatan dengan Sabda Rasullullah saw:
” Namakanlah anak kamu dengan nama para Nabi, dan nama yang paling disukai oleh Allah ialah dengan nama Abdullah dan Abdurrahman, dan nama yang paling benar Harits dan Humaam, dan nama yang paling buruk ialah Harab dan Murrah”
NAMA-NAMA PILIHAN IALAH:
NAMA_NAMA LELAKI:
ADAM : Nama Nabi, Ikutan, teladan
ADHAM : Yang cantik
ADIL : Yang Adi
ADNAN : Nama datuk Nabi
ADI : Nama sahabat Nabi
ADIB : Pujangga
ADWA : Cahaya
AFFAN : Pendaki
AFIQ : Yang bermaruah
AFNAN : Kecantikan/berseri
AFLAH : Yang beruntung
AFHAM : Yang faham/pandai
NAMA_ NAMA PEREMPUAN :
ADIBAH : Yang berpengetahuan
ADLINA : Keadilan kita
ADILAH : Adil dan saksama
AFIFAH : Berbudi bahasa
AFRINA : Putih kemerah-merahan
ARFAH : Gembira
AFIQAH : Sangat pemurah/berpengetahuan
AFWAN : Kemaafan
AIDA : Keberuntungan
AINA : Mempunyai mata yang cantik
Ustazah rasa cukup dulu setakat ini , lain kali ustazah keluarkan nama2 bermula abjad lain pula ye.. harap sabar menunggu ye
-ustazah azimah-









August 3rd, 2010 at 5:57 pm
Assalamu’alaikum ustazah…..
saya orang Aceh. punya anak laki berumur 2 tahun…yang sekarang saya beri namanya SIRHAN LUTHFI..
yang saya ingin tanyakan,apakah bagus nama tersebut diatas dan apasih makna nama tersebut…
wassalam
SAIFUL HUSNIDIN
August 9th, 2010 at 1:21 pm
salam
tksh kerana bertanya, sirhan tu saya puas cari maksudnye tk ada, tp lutfi itu maksudnya lembut