Kelebihan menjawab Azan..
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dengan izinnya, kali ini suka ustazah berkongsi tentang tajuk “Kelebihan Menjawab bacaan/laungan Azan”
Sebuah hadis dariĀ Abdullah b Amru bin As r.a bahwa seorang lelaki telah bertanya kepada RAsullullah saw :
Yang bermaksud ” Ya Rasullullah , sesungguhnya pembaca azan mendahului kami dengan kelebihan pahala? Maka Rasulullah saw menjawab ” Sahutlah sebagaimana yang dilaungkan oleh muazzin , dan jika selesai, maka berdoalah kepada Allah nescaya akan diperkenankan”.
Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini ialah:
1. Apabila dengar muazzin melaungkan azan hendaklah kita menjawab azan itu
2. Orang yang menjawab azan akan diberi pahala oleh Allah
3. Selepas azan adalah tempat yang mustajab doa kita
4. Ajarkanlah anak2 kita yang kecil2 itu dengan laungan azan supaya mereka juga boleh melaungkannya
Selain itu juga ajarlah anak kita apabila melihat kebakaran yang besar laungkanlah azan, bila petir atau guruh kuat berdentum dentam di langit juga boleh dilaungkan azan , InsyaAllah semua nya akan beroleh ketenangan dan keselamatan.
Wassalam








