Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita pada kali ini , ustazah memohon maaf kerana lambat tidak dpt mengemaskinikan blog ini dengan entry terbaru.. bukan apa kekangan masa.. tugasan di sekolah pun bertambah.
Tapi hari ini suka nak berkongsi pemandangan yg hijau, bumi yang indah yang di ciptakan oleh Allah Rabbul Jalil , Tuhan kita yang Maha Agung..
Tidak ada sesuatu yang Allah ciptakan itu dengan sia-sia. Dan tidak sesuatu pun di dunia ini yang mampu menandingi ciptaan Allah itu, ciptaan yg sangat sempurna dan ciptaan yang betul mengkagumkan.
Gambar ini ustazah rakamkan ketika bercuti merehatkan minda , kerana tugasan yg banyak sejak akhir2 ini. Sesungguhnya apabila melihat ciptaan Allah ini semuanya kembali lapang dan tenang.. Subhanallah
ini ladang teh boh di Cameron Highlands.. sejukkan mata memandang!
Inilah juga bukti dan tanda yang sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Agung..
Wassalam
Assalamualaikum Ustazah, salam ziarah.
Maha Suci Allah yang menjadikan pemandangan yang indah itu..
salam lipislady
Ya betul tu.. Maha suci Allah yg menjadi pemandangan itu sebegitu cantik dan mendamaikan..