Zakat..

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah

Hari ini ustazah suka nak kongsi tajuk “ZAKAT ” bukannya apa, sbb sekarang ini ramai orang tengah sibuk2 isi e-filling. Jadi ustazah nak ingatkan tentang zakat sama, bagaiman dan ditunaikan ataupun belum. Ustazah Alhamdulillah kedua2nya pun dh selesai. Sekarang ni nak bayar zakat pun senang guna maybank2u pun boleh. Canggih sungguh zaman teknologi serba maju ni kan..

Adapun zakat itu rukun islam yang ke 4, maksudnya bila dah rukun tu wajib buat le kan.

1. Pengertian Zakat:

menurut bahasa Arab ialah bersih, suci, bertambah, dan berkembang

menurut syarak pula ialah kadar tertentu daripada harta kita yang wajib disedekahkan.

2. Harta yang wajib dizakatkan pula ialah:

2.1 Emas dan perak

2.2 Haiwan ternakan

2.3 Hasil tanaman

2.4 Barang perniagaan

2.5 Gaji bulanan

2.6 Pendapatan Hasil Sewaan

2.7 Wang simpanan

3. Orang yang wajib zakat :

3.1. Muslim (beragama islam)

3.2 Baligh

3.3 Berakal

4. Dalil Naqli wajib zakat :

4.1 ”Ambillah daripada harta mereka akan sedekah” surah altaubah:103

4.2 perkataan zakat disebut dlm quran hampir 30kaliĀ  bermaksud

” dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat”

4.3 Hadis Nabi ” tangan yg di atas adalah lebih mulia dari yg di bawah” (riwayat muslim)

5. KEPENTINGAN BERZAKAT:

5.1 Terbilang sebagai rukun

5.2 Sering disebut di dalam Quran

5.3 Penawar duka pada yg susah

5.4 Zakat satu cara untuk bersyukur

5.5 Menjadikan harta itu berkat

Semoga catatn ustazah kali ini bermanfaat buat semua pembaca ya.

Wassalam

-ustazah azimah-

4 thoughts on “Zakat..

  1. Assalammualaikum Ustazah

    Saya insan yang lemah..ingin mengetahui tentang zakat lebih dalam lagi..saya ingin ketahui bagaimana cara ingin berzakat atau bagaimana ingin tahu orang yang patut berzakat..sama ada hanya yang mampu atau sebaliknya..contonya zakat gaji bulanan..gaji tahap yang bagaimana wajib berzakat..

    Terimah kasih atas pertolongan ustazah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>