Hukum-hukum Dasar Syariat Islam..
Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan
Bertemu kita lagi dan pada kali ini ustazah nak kongsikan bersama2 tentang hukum2 dasar dalam islam seperti haram,halal,sunat,makruh dan sebagainya.
1. HUKUM HALAL:
Takrif halal sesuatu yang dibolehkan (tidak berdosa) memakai, memakan, atau menegerjakannya setelah ada pengesahan (sah) menurut syarak.
Firman Allah SWT : bermaksud : “Makanlah daripada yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan soleh ” - Surah AlMukmin ayat 5.
2. HUKUM HARAM :
Adapun sesuatu yang diberi pahala apabila meninggalkannya dan berdosa apabila mengerjakannya disisi hukum syarak. Hukum ini berlawanan dengan yang halal.
Sabda Nabi saw: ” Setiap daging yang tumbuh daripada (hasil makanan) yang haram, maka neraka lebih layak baginya”
Antara makan atau minuman yang haram ialah daging babi, arak dan sebagainya.
Selain itu, Islam menetapkan supaya kita menjauhi perbuatan2 haram seperti:
2.1. memakan harta anak yatim
2.2. bertenung nasib
2.3. bergaul bebas lelaki dan wanita yg bukan mahram
2.4. berjudi
2.5. membuka aurat
3. HUKUM WAJIB:
Sesuatu yang diberi pahala apabila mengerjakannya dan berdosa apabila meninggalkannya.
Contohnya seperti solat fardhu 5 waktu, puasa bulan ramadhan, zakat dan sebagainya.
Firman Allah SWT : ” Sesungguhnya solat itu merupakan kewajipan yang telah ditetapkan atas orang mukmin dan mukminah”. -Surah an-Nisa’:103
Setakat ini dulu buat kali ini dan akan datang kita bincangkan pula hukum sunat, makruh, sah, batal dan harus pula.
Wassalam
-ustazah azimah-





