Tanda-tanda Kenabian..

Bersempena dengan kedatangan Ulang tahun Kelahiran Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad saw.

Nabi Muhammad dilahirkan pada 12 RabiulAwal Tahun Gajah, subuh Isnin.

Nabi Muhammad saw telah dilahirkan dengan tanda2 kenabiannya seperti:

1. SEBELUM KELAHIRANNYA:

-Ibunya sering bermimpi akan cahaya putih yang bersinar dan menerangi Mekah.

-Raja Abrahah (Raja Parsi) telah menyerang Mekah untuk ,meruntuhkan Kaabah tetapi tidak berjaya kerana Allah telah mengutuskan burung Ababil untuk menghapuskan Tentera Bergajah Abrahah itu. Kerana itu jugalah Tahun itu dinamakan tahun gajah.

-Ibunya mengandungkannya akan hal keadaannya sangat ringan walaupun sudah cukup bulan

2. SEMASA DILAHIRKAN :

- Api sembahan Majusi itu yang bernyala dari ribuan tahun lalu terus terpadam secara automiknya

- Sesudah dilahirkan keadaanya tangannya melekap kebumi, mukanya mendongak ke langit (sudah merangkak)

- sudah berkhatan (bersunat)

3. SESUDAH DILAHIRKAN :

- semasa Nabi saw berumur 4 tahun dadanya dibedah oleh Malaikat dan dicuci hatinya dgn air zam zam

- semasa berumur 6 tahun Nabi saw mengikut bapa saudaranya Abu Talib berniaga ke Syam, semasa berjalan awan sentiasa memayungi beliau.

Begitulah kisah Kelahiran Nabi saw yang sangat berbeza dengan kelahiran kita atau bayi2 biasa. Kerana Allah ingin menunjukkan kepada kita semua bahawa Nabi saw itu sangat istimewa dan hebat orangnya sejak dari sebelum , semasa dan selepas beliau dilahirkan.

Jika kita inginkan syafaat dan pertolongan Nabi saw hendaklah kita rajin dan selalu berselawat ke atas baginda.

Wallahu’alam

-ustazah azimah-

5 thoughts on “Tanda-tanda Kenabian..

  1. salam ustazah:

    saya ada mendengar khutbah oleh seorang ulama di youtube yang mana dikatakan rasulullah tiadalah bezanya dengan orang biasa yang lain sebelum baginda dilantik oleh Allah menjadi rasulullah.Malah dikatakan sewaktu kelahiran baginda tiada apa pun,baginda dikatakan seperti budak kampung biasa sahaja SEBELUM dilantik menjadi rasulullah.Dan selepas dilantik menjadi rasulullah barulah baginda mempunyai hubung kait dengan manusia.

    apa pendapat ustaz tentang hujjah ini..harap ustazah sudi menerangkannya.mungkin juga saya salah faham

  2. assalamualaikum ustazah..

    terima kasih kerana sudi menjawab persoalan saya sebelum ini..
    saya ingin bertanya satu lagi soalan..maafkan sy sbb banyak bertanya.hehe..

    ramai menganggap cara menzahirkan rasa kasih dan cinta kepada rasulullah adalah melalui sambutan maulidur rasul..ramai-ramai berarak..lelaki dan perempuan tidak lah berkecuali..memegang sepanduk kearah memuji junjungan rasulullah dan berselawat sambil berarak.di kesudahan perarakkan adalah pula ceramah2 mengingatkan kembali kepada rasulullah..di television pula pelbagai lah pula cerita2 dan iklan kearah untuk menzahirkan rasa cinta umat Islam kepada baginda..Dan beberapa minggu kemudian segala-galanya beransur pudar dan kembali seperti sedia kala..jadi apakah pendapat ustazah tentang budaya sambutan maulidur rasul??

  3. Assalamualaikum ustazah…disini saya ingin mencadangkan agar setiap pertanyaan atau komen yang diterima dapat dijawab dalam ruangan komen ni juga agar segala persoalan dapat dikongsikan bersama. Semoga segala ilmu yang dicurahkan dapat memberikan menafaatkan utk kita bersama. Insyaallah. Maafkan saya ustazah dengan cadangan saya ini.

  4. Assalamualaikum ustazah..
    Saya ingin bertanya pendapat ustazah mengenai anak saya.
    baru dilahirkan pada 29 April 2010 (khamis 11pm)..
    bersyukur kehadrat ilahi, bayi dilahirkan cukup sifat dan menjadi tanda tanya bayi saya dilahirkan sudah berkhatan (bersunat).. menurut ulama bayi ini dilahirkan dan disuanatkan dari dalam perut lagi.. setahu saya nabi muhammad juga dilahirkan sudah berkhatan, apakah ini keajaiban tuhan dan pernah berlaku seperti ini??
    perlukah saya sunatkan sekali lagi bayi saya??
    harap ustazah dapat beri jawapan dan maksudnye..
    terima kasih. salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>