Sifat-sifat Mazmumah(tercela)..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Bertemu lagi kita pada kali ini dan suka ustazah berkongsi tajuk “Sifat2 Mazmumah/ sifat2 yg tercela”

Sifat Mazmumah ialah sifat2 yg tidak baik dan tercela, juga sifat yg patut kita jauhi.

Menurut Imam Ghazali antara sifat2 Mazmumah ialah seperti berikut:

1. Gemar Makan dan Minum:

Hadis Nabi saw maksudnya ” Yang terlebih Afdhal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.

2. Banyak berkata-kata(yg sia-sia):

telah menjadi lumrah manusia suka berkata2, berbual2 dan bersembang2 tetapi biarlah perkataan kita itu tidak sia2.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”- Surah AnNisa :114

3.  Marah:

Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikianselalunya  didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.

4.  Hasad dengki, dan iri hat:

Sifat di atas lahir  daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya.

Hadis Nabi saw yang bermaksud: ” Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”

5. Kasih kepada harta:

Tiada salah memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.

6. Takbur:

Banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti  nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.

7. Riyak ;

Riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

8. Ujub;

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud beerti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi  kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.

9. Kasih akan Dunia:

Hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan  dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Hakikat sebenar kehidupan dunia ini telah digambarkan oleh Allah SWT dalam firmaNya:

Maksudnya: Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.

Kesimpulannya dari catatan ini semoga kita semua termasuk ustazah dapat menghindarkan diri kita dari mempunyai sifat2 mazmumah ini.

Wassalam

-ustazah azimah-

One thought on “Sifat-sifat Mazmumah(tercela)..

  1. BAGUS ARTIKEL NIE..tapi kalau ada cerita ttg syurga lagi bagus.. saya nak dengar jugak berita gembira

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>