Soalan Pembaca(6)..solat dhuha
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita, dipanjatkan setinggi2 kesyukuran pada Allah Yang Maha Esa kerana memberi kesempatan dan kelapangan untuk ustazah menulis di blog ini.
Di sini ustazah ingin berkongsi jawapan dari pertanyaan yg diajukan kepada ustazah.
Soalannya:
salam ustazah. Dlm sbyg Dhuha. Surahnya sy tak boleh hafal. Jadi sy baca surah Alkafirun pd rakaat ptma dan surah Al iklas pd rakaat ke2. Boleh ke?
- Pengertian Solat Sunat Dhuha:
Solat Sunat ini dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Bilangan rakaatnya paling sedikit ialah 2 rakaat dan paling banyak ialah 12 rakaat.
Hukumnya:
Sunat, barangsiapa yang mengerjakannya dapat pahala dan tiada pula berdosa sesiapa yang tidak mengerjakannya.
Surah yang patut dibaca ketika solat sunat dhuha:
1. Pada rakaat pertama selepas Fatihah di baca surah Assyam
2. Pada rakaat kedua pula selepas fatihah dibaca surah AdDhuha.
tetapi boleh juga dibaca begini:
1. Rakaat 1 selepas fatihah surah AdDhuha
2. Rakaat kedua selepas fatihah surah Al-Ikhlas
atau bacalah apa2 surah yang mudah dan yang anda hafal seperti firman Allah dlm Surah AlMuzammil- ayat 20:
Firman Allah bermaksud:
“……..bacalah oleh kamu apa2 ayat yang mudah daripada Al-Quran”
Jadi pada pembaca yang bertanya itu bolehlah anda buat begitu tidak ada yang salah.
Sekian
Wallahu’alam
-ustazah azimah-



May 17th, 2010 at 1:15 pm
as’kum..
saya ingin bertanya soalan mengenai ibu. ibu saya telah tinggal bersama saya selama 3 tahun. pada 2 tahun pertama ibu tinggal bersama saya, dia mengalami sakit yang teruk. tetapi saya tetap menjaganya sehingga sembuh. tetapi ibu saya ini adalah orang yang sangat berkira lebih2 lagi berkaitan RM..pernah satu ketika saya kesuntukan duit yg teramat sangat, saya memohon bantuan daripadanya..tetapi yang menyedihkan saya ialah dia mengungkit2 bantuan yg diberi..saya tetap membayar RM yg dipinjam daripadanya tetapi secara ansuran setiap bulan..dia seolah2 tak kisah saya susah asalkan dia senang…sedangkan saya sanggup menghantar anak2 ke rumah pengasuh supaya tidak menyusahkannya ketika saya kluar bekerja. malah, makanan pun saya beli supaya dia tidak memasak ketika saya bekerja..begitu juga hal2 kebersihan rumah…boleh dikatakan smuanya saya uruskan..bila kewangan saya ok…dia menumpang gembira dan saya tidak kisah…tapi bila saya mengalami masalah kewangan, dia mula mengungkit2 dan bermasam muka dengan saya..abg dan kakak saya pula tidak sanggup untuk menjaga ibu kerana tingkahlakunya yang kurang memahami situasi anak2… saya tahu saya berdosa jika mengecilkan hati ibu..tetapi..bagaimana pula perasaan saya sebagai seorang anak yg berkecil hati dengan ibu…apa perlu saya lakukan…kadangkala airmata mengalir sendiri ketika memandu kenderaan ke tempat kerja…suami tidak mengetahui situasi ini kerana ibu pandai bermanis muka di hadapan suami..bantulah saya ustazah…
September 8th, 2010 at 9:30 am
salam amy
bersabarlah dgn keadaan itu, semua itu ujian.berdoalah kepada Allah apa yg amy inginkan..luahkan pada Allah setiapkali lepas solat. jgn tinggalkan zikir subhanalllah 33x alhamdulilah33x dan allahuakbar 33x insyaAllah amy akan rasa lebih mudah ye..insyaAllah
May 19th, 2011 at 11:58 pm
salam ustazah yg dirahmati Allah…sy ada persoalan yg ingin dikemukakan pada ustazah…ustzh apakah hukum menghias bunga dikereta ketika kehwin…sejak kebelakangan ini sy perhatikan Ummat Islam semakin mengamalkan budaya ini…setahu ilmu yg cetek sy…ia adalah haram…mohon penjelasan dan dalil dari ustzh…mohon kemaafan
June 7th, 2011 at 9:55 am
salam ustazah,
saya nak mnanyakan ttg istilah ‘darurat’ mmilih hospital melahirkan anak samada swasta @ kerajaan.. kdungan isteri sya skrg brusia 7bln. Sebagai suami sya mesti mgutamakan aurat & khormatan isteri ketika bsalin. Sperti yg kita tahu hospital kerajaan tidak myediakan doktor wanita semasa proses kelahiran. Namun pembiayaan kelahiran bayi di situ mmg kita mampu. Hospital swasta pula myediakan doktor wanita serta pmbantu2nya. Ini amat dituntut agama namun pembiayaannya mencecah ribuan (kelahiran normal) shingga hampir puluhan ribu sekiranya ada komplikasi yg mmerlukan pembedahan serta pjagaan rapi. Sya mpunyai simpanan skitar 4k dan perlu juga menggunakan simpanan itu sbg tujuan kcemasan. Adakah ia dikira darurat sya mmilih hospital krajaan disebabkan kwangan? Atau sya boleh usahakan spt mmajak brg kemas, mminjam duit dll. saya sedia mdengar pdangan ustazah,tQ
June 9th, 2011 at 9:29 am
wsalam
saudar sila rujuk post terbaru ustazah bertajuk DARURAT DLM ISLAM