Soalan dari pembaca(5)..Haid dan masalahnya
Assalamualaikum WBT dan Salam Perpaduan
Bertemu lagi kita , ustazah sebenarnya ketika ini sangat sibuk dengan tugasan di sekolah itu sebabnya agak lama blog ini tidak di’ update’kan . Mohon maaf banyak2 ye. (sibuk nak sukan)
Hari ini ustazah ingin menjawab solan dari pembaca mengenai
“Haid dan perkara yang haram dilakukan ketika waktu itu (period)”
Soalan beliau:
Assalammulaikum wbt. Ustazah, sy ada bbrp kemusykilan berkenaan m’bc Al-Qur’an ketika uzur.
i. belajar ilmu tajwid/belajar mengaji ketika uzur. semasa belajar tajwid, perlu membaca ayat2 Al-Qur’an untuk disemak oleh guru.
ii. mengajar kawan2/anak2 ketika uzur. semasa mengajar, perlu membaca ayat2 Al-Qur’an sbg panduan untuk dibaca oleh org yang diajar.
Perkara Yang Haram dilakukan ketika Haid:
1. Solat
2. Membaca, menyentuh dan membawa Al-Quran
3. Tawaf
4. Bersetubuh
5. Bercerai
6. Puasa
7. Iktikaf (berhenti) di dalam masjid
Permasalahan yang biasa bagi orang haid:
1. Orang yg sedang haid boleh membaca sedikit dari ayat Quran seperti basmalah dengan niat zikir. Zikir boleh ya. Juga ayat2 kategori pelindung diri seperti 3 qul.
2. Jadi belajar tajwid itu boleh le maksudnya. Tetapi jika boleh sebaiknya tidak dibaca ayat tersebut untuk diperdengarkan kepada guru. Lain kali bila dah suci barulah kita cuba perdengarkan kepada guru bacaan kita itu.
3. Mengajar anak jika semasa haid bila ngajar seperti kalimah2 tu sepotong dua boleh le anggapkan zikir. Jika guna buku iqra 1-3 okey le bila dh masuk 4-6 tu dah banyak kalimahnya tak usah lah. Bila uzur kalau ustazah, ustazah ajar anak2 jawi pula. atau bacaan2 dalam solat test mereka niat solat ke? nanti dah suci ajarlah balik, bolehkan?
Ustazah harap semuanya telah jelas dan dapat membantu saudari yang bertanya.
Wallahu’alam
-ustazah azimah-





