Soalan dari pembaca(4)..Selawat Syifa’
Maksudnya:
“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”
Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhwah
Hari ini ustazah ingin berkongsi lagi satu soalan yg ustazah terima d peti email ustazah.
Soalannya begini:
ustazah boleh bagi tahu saya tentang selawat syifa? ada sumber mengatakan selawat itu syirik, pada pandangan ustazah bagaimana pula?
Jawapan ustazah:
1. Makna selawat:
Selawat ialah jamak dari perkataan solat. Selawat menurut bahasa ertinya doa, rahmat dari Allah memberi berkah dan iabadat.
Allah berfirman maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat Nya berselawat kepada NAbi, Hai orang2 yg berimanberselawatlah kamu kepada dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (surah AlAhzab ayat 56)
2. Hukum membaca selawat:
2.1- Imam Shafei mengatakan , selawat itu wajib dibaca dalam tasyahud akhir, iaitu diantara tasyahud (tahiyat) dan salam.
2.2- At-Thahawi mengatakan wajib dibaca apabila seseorang mendengar orang menyebut nama NAbi Muhammad saw
2.3- Az Zamakhsyari berpendapat, selawat wajib dibaca pada tiap2` sesuatu majlis.
Ini bermaksud berselawat ke atas Nabi adalah satu ibadah yang terpuji yang amat disukai Allah dan para malaikat-Nya.
3.Jenis2 atau nama2 selawat:
Ada banyak nama selawat di antaranya ialah:
1. Selawat Nur
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Munjiyat
4. Selawat Nariyah/Tafrijiyah dan lain-lain lagi
Jadi kesimpulannya mana ada pula le selawat syifa itu syirik? dalil dari Nas Quran pun ada. Yang jadi heboh dikatakan syirik itu ialah tentang terjemahannya sahaja. Disini uatzah sertakan tyerjemahan yang sohih jgn bimbang ye. Ustazah kreditkan dari http://www.darussyifa.org
4. Selawat Syifa dan fadilat mengamalkannya:
1. Barang siapa yg membaca selawat ini 3 kali setiap lepas solat 5 waktu akan dapat menghilangkan kebuntuan fikiran dan susah hati.
2. Jika dibaca 7 kali selawat ini pada air, InsyaAllah dapat menyembuhkan sakit perut, pening kepala, demam dan sakit2 ringan.
Sekian Wallahu’alam




February 4th, 2010 at 9:41 pm
Assalamualaikum ustazah..
terima kasih sudi jawab soalan ini.. itu lah.. saya terkejut sebab terbaca kat satu komen di youtube tentang selawat ni.. sebab tu saya nak kan kepastian dari ustazah pula.. Alhamdulillah.. segala-segalanya dah dijelaskan dengan baik oleh ustazah.. terima kasih ustazah.. (^__^)
January 14th, 2011 at 10:18 am
salam ustazah.. saya rasa ustazah telah tersilap maksud ayat di atas. ini adalah maksud selawat tafrijiyah bukan selawat syifa’.. harap diperbetulkan agar kekeliruan dapat dielakkan..
wassalam
January 14th, 2011 at 7:07 pm
salam nik ezura
terima kasih, ustazah dh perbetulkan..