Soalan dari pembaca(3)..Kifarah Puasa

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Buat semua pembaca yang dirahmati Allah. Hari ini ustazah ingin menjawab soalan dari seorang pembaca dan jawapannya ustazah kongsikan di sini buat tatapan semua pembaca yang lain.

Soalannya begini:

Ustazah seorang kawan saya telah melakukan persetubuhan di waktu siang bulan Ramadhan, adakah dia kena kifarah/denda? saya dengan rendah diri berharap ustazah dapat membantu.

Jawapan dari ustazah:

KIFARAH BERSETUBUH DI BULAN RAMADHAN

Orang yang bersetubuh atau melakukan hubungan pada siang hari dibulan Ramadhan, maka kedua-dua suami dan isteri itu perlu mengqada’ puasa mereka dan wajib ke atas suami membayar kifarah.

Ini beerti dua2 kena qada puasa pada hari melakukan persetubuhan itu. tetapi wajib bagi suami sahaja untuk membayar kifarah(denda) seperti:

1. Memerdekakan hamba mukmin lelaki atau perempuan

(sekiranya tidak mampu)

2. berpuasa 2 bulan berturut-turut (60hari) tanpa terputus atau diselang seli harinya

(kalau tidak berdaya)

3. Memberi makan kepada 60 orang fakir/ miskin

Bagaimanapun jika persetubuhan itu dilakukan kerana terlupa / jahil tentang haram nya atau dipaksa ke atasnya tidaklah  wajib kifarah.

Sekian Wallahu’alam

Wassalam

-ustazah azimah-

One thought on “Soalan dari pembaca(3)..Kifarah Puasa

  1. ustazah,,sy ade satu soaln berkenaan kifarah puasa ni….apakah jalan penyelesaian yang perlu diambil sekiranya si suami tidak mampu untuk membayar ketiga2 kifarah tersebut?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>