Soalan dari pembaca(2)..Nikah itu Sunnah Nabi

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Segala puji bagi Allah , Tuhan sekelian Alam, syukur kita kerana masih dapat bertemu dan berkongsi ilmu lagi. Ustazah telah di tanyakan satu soalan jadi ustzah akan kongsikan jawapannya pada entry ustazah kali ini.

Soalannya:

xpe ke kalau sy niat xnk bkahwin?tp..walau ape pun,sy hanya berserah kpd Nya utk ketentuan jodoh saya?

Sabda Rasulluah SAW:

Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, “Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku”.

Buat saudara yg bertanya semoga dirahmati Allah.

Qada dan qadar itu telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Contohnya jodoh pertemuan, ajal maut , rezeki semuanya di tangan Tuhan. Kita dikehendaki berusaha dan berikhtiar.. tidak boleh kita hanya berserah kepada Allah sebulat2nya. Jika hendak berserah diri kepada Allah atau bertawakkal, terlebih dahulu perlu lah kita berusaha. itu yang sebetulnya.

Oleh itu janganlah saudara berniat tidak mahu berkahwin pula tanpa sebarang sebab yang munasabah. Nikah itu sunnah Nabi saw, selain itu ianya juga menjadi tuntutan fitrah manusia yg tidak boleh dihalang . Jodoh pun kena cari juga.. kena usaha, carilah perempuan yang baik akhlaknya, tutur kata yang sopan, yang paling penting dia taatkan Allah, bila dia taat akan Allah dia akan taat pada suaminya..

Mari kita renungkan firman Allah ini:

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

sekian dahulu, harap saudara berpuashati

wassalam

-ustazah azimah-

One thought on “Soalan dari pembaca(2)..Nikah itu Sunnah Nabi

  1. Ustazah, kalau mak kita tidak merestui pilihan hati kita atas sebab sejarah lama, patut ke kita ikut? Adakah saya anak derhaka sekiranya ingkar? Bagaimana saya hendak menghadapi tentangan keluarga ini sedangkan hati saya sangat kuat pada pilihan hati saya ini?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>