Solat Sunat Tahajjud..
Assalamualaikum WBT
Bertemu lagi kita dengan tajuk “ Cara Solat Tahajjud ” tajuk ini sebenarnya adalah kemusykilan dari seorang pembaca blog ustazah
1. Erti Solat Tahajjud:
Solat sunat yg dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, dan sebanyak2 nya tidak terbatas.
Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar.
Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja . Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.
Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00pg bolehlah kita nmelakukan Solat Sunat Tahajjud itu. sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.
Bacaan ketika solat sunat tahajjud itu:
Pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan Surah Alkafirun atau surah2 lain yg anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan.
Dan pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah surah Al-Ikhlas
selepas selesai solat bacalah doa yg khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.
Fadillah atau faedah mengamalkannya:
1. Mendekatkan diri kepada Allah
2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yg berzikir
3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah
4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yg lalu
5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit
Wassalam
-ustazah azimah-






January 27th, 2010 at 2:28 am
Assalamualaikum ustazah.. saya singgah di sini..
dah lama saya tak lakukan solat sunat ni.. sangat2 rugi saya sekarang ni.. apa2 pun terima kasih dengan penerangan ustazahni.. saya ada satu soalan yang nak ditanyakan kepada ustaza berkaitan hal lain.. bolehkan.. ustazah boleh bagi tahu saya tentang selawat syifa? ada sumber mengatakan selawat itu syirik, pada pandangan ustazah bagaimana pula?
March 1st, 2010 at 6:08 pm
Assalamualaikum ustazah.. saya jatuh cinta dgn blog ustazah. satu ilmu untuk saya untuk hari ini.
utk pengetahuan ustazah dulu saya adalah seorang yang lalai dan sering mengabaikan sembahyang. tapi hati saya semakin sunyi dan semakin sepi, bila nenek saya meninggal saya rasakan perlu untuk saya berubah, saya mula tidak meninggalkan sembahyang dan menambah dgn sunat tahajjud.
alhamdulillah.. saya dapat menikmati KEAJAIBAN SOLAT.
-rezeki yang luar biasa
-kesihatan yang sempurna
-kebahagiaan yang sangat sejati.
itulah kehebatan solat.
March 1st, 2010 at 9:08 pm
Alhamdulilah, bagus tu haleeda
itulah fadilat dan khasiat jika kita sentiasa sujud menyembah Allah. Bila kita sujud itu adalah sebagai tanda yg kita bersyukur. Bila kita bersyukur Allah dh janji akan tambah nikmat lagi. tu rezeki kita pun tk putus2.
March 30th, 2010 at 4:37 pm
Assalamualaikum ustazah,solat tahajud ni boleh menenangkan kita tak,terutama yg bermasalah dalam rumahtangga dan diuji hebat oleh Allah SWT
April 5th, 2010 at 11:49 pm
salam haleeda
Alhamdulilah bagus tu teruskan ye sama2 lah kita memohon hidayah dan pertunjuk dr Allah swt selalu
April 14th, 2010 at 10:50 pm
salam
boleh sgt2 selepas menunaikan solat itu mohon lah apa saja yang anda hajati ye. InsyaAllah akan diperkenankan