Soalan dari pembaca..

Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah

Jutaan terima kasih ini ustazah tujukan kepada semua pembaca blog ini, dan segala pertanyaan dan kemusykilan akan ustazah jawab insyaAllah.

Peti mailbox ustazah dihujani dgn pelbagai soalan dan pertanyaan juga kemusykilan dari pembaca. Tapi yang satu ini membuat ustazah agak ‘tersentuh’ jua biarlah ustazah jawab dengan Nas Quran dahulu dan kemudian ustazah minta si pulan yg bertanya supaya berfikir dgn akal yg Allah kurniakan.

Inilah solan beliau:

Salam Ustazah. Nak tanya kalau dah ada 4 isteri, nak kahwin baru. Jadi nak cerai isteri yg mana? yg no.1 atau yg macamana?

Kepada tuan yang bertanya:

RenungkanĀ  firman Allah Surah Annisa ayat 3 maksudnya:

Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan (apabila kamu berkahwin denganya), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan itu 2, 3, atauĀ  4. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu) maka kahwinlah dengan seorang sahaja, atau pakailah hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (baik) untuk mencegah kamu dari melakukan kezaliman.”

Demikianlah Nas yg telah Allah turunkan buat tatapan dan renungan para lelaki yang ingin berkahwin lebih dari satu.

Tetapi tuan bertanyakan saya jika dah ada 4 isteri jika nk kahwin lagi nak ceraikan yang mana satu? yg itu tuan fikirlah sendiri , bukankah isteri2 itu isteri tuan.

Tapi ustazah pula nk tanya pd tuan adakah Allah suruh lelaki2 yg punya isteri lebih boleh menceraikan isteri2 nya sesuka hati. Walaupun talak itu halal tetapi itulah perkara yang paling Allah murka.

Isteri itu insan yg paling rapat dgn kita yg sanggup bersusah payah dgn kita, jika ada anak dia ibu kepada anak2 kita. tergamakkah kita nk menceraikannya hanya kerana kita terpikat kepada perempuan lain? banyakkah lah puasa sunat kerana ianya boleh melemahkan nafsu syahwat kita yang berlebihan itu.

Jika nak tambah isteri lagi harapan ustazah, semaklah dahulu isteri dan anak2 kita tu dah lengkapkah ilmua dunia dan akhirat yg kita berikan kepada mereka. Jika belum tunaikanlah selagi umur masih dikandung badan. Bila isteri ramai, anak pun sudah tentu ramai ini beerti tanggjwab lelaki pun berat. Fikir2kan lah..

Wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>