Hukum Berkahwin Bagi Lelaki..
Assalamualaikum Wbt dan Salam Persaudaraan
Bertemu lagi kita dengan tajuk yang ustazah ingin kongsikan pada hari ini ialah dalam bab Munakahat iaitu:
“HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI”
Hukum ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-
1. WAJIB BERKAHWIN:
Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
2. SUNAT BERKAHWIN:
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.
3. HARUS BERKAHWIN:
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.
4. MAKRUH BERKAHWIN:
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.
5. HARAM BERKAHWIN:
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan2 terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya.
Begitulah tadi hukum2 berkahwin bagi lelaki buat panduan kita semua yang ustazah ambil dari buku yang ustazah baca iaitu “Indahnya Hidup Bersyariat”..
WAssalam
-ustazah azimah-






January 24th, 2010 at 12:44 am
salam ustazah,
kak zai doakan semoga ustazah sihat dan ceria selalu..tak sangka manis sungguh rupa ustazah ni yer..harap2 kaum lelaki yg membaca entri ini memahami erti perkahwinan dalam ertikata yg sebenar2nya dan menghargai isteri mereka dgn sepenuhnya..kerana baik buruknya sesebuah rumahtangga itu bergantung kepada siapakah pemimpin (ketua rumahtangga) tersebut..malangnya ramai yg berkahwin kerana nafsu dan bukan kerana Allah kerana itulah banyak rumah tangga yg berantakan kini..
January 24th, 2010 at 1:55 pm
salam kzai,
betul tu kzai, sblum mendirikan rumahtangga si lelaki mesti ada ilmu dan iman. tahu serba sedikit tentang hukum hakan dan adab2 berumahtangga. Jika tidak tahu bertanyalah kepada yg lebih tahu..
Moga rumhtangga yg dibina itu berkekalan dan mendpt rahmat dan berkah dari Allah swt
January 29th, 2010 at 1:32 pm
Salam ustazah,xpe ke kalau sy niat xnk bkahwin?tp..walau ape pun,sy hanya berserah kpd Nya utk ketent uan jodoh sy?
April 27th, 2010 at 9:55 am
assalamualaikum ustzh….sy kini mhadapi 1 masalah….sy bniat untuk mendirikan rumahtangga, tetapi ramalan awal sy mengatakan keluarga kami tidak akan bersetuju kerana kami msh lg sama2 belajar…apa2pn, km sudah sepakat utk bernikah kerana hukum berkahwin sudah menjadi wajib buat kami, di mana keperluan batin mendesak dan dkhuatiri terjebak lbh jauh….apakah kami perlu berhadapan dgn keluarga(ibu bapa) walaupun tahu keputusan mereka??sekiranya mereka tidak mengizinkan apakah hukum bagi mereka dan bolehkah kami bernikah dengan menggunakan wali hakim??untuk pengetahuan ustazah, kami mmg berniat untuk mendirikan masjid cuma halangan dari keluarga membuatkan kami terpaksa bersabar kerana mereka mahu kami menghabiskan pelajaran dahulu…mohon pendapat ustzh…
April 29th, 2010 at 5:41 pm
salam
ustzh faham dan jelas masalah nisa yg bertanya, jika desakan batin itu bermakna anda kena kawal nafsu, jgn selalu berjumpa berdua-duaan. Alasan anda utk berkahwin hanyalah desakan nafsu shj, anda tidak memandang jauh lagi keperluaan perkahwinan itu yg mana perlu ada wang utk sara hidup, tempat tinggal dan sebagainya. Ustazah sgt pasti kedua keluarga pasti akan menentang keinginan anda berdua.
Perlu anda ingin perkahwinan bukan setakat tidur bersama dan melakukan hubungan kelamin, malah ianya lebih dari itu.
Nasihat ustazah elakkan keluar bersama(berdua shj) , berlajar lah dgn tekun, pusat pengajian tinggi bukan temopat mencari jodoh.
Wassalam.