Kemusykilan dari pelawat blog..Tatacara berpakaian
Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah
Alhamdulilah bertemu lagi kita pada kali ini, post atau entry ustazah kali ini ialah tentang menjawab soalan dari pengunjung yg datang ke blog ustazah ini.
Soalan pertama :
Ustazah wajibkah kita memakai stoking?
Jawapan: Aurat perempuan ialah dari hujung rambut hingga ke hujung kakikecuali tapak tangan dan muka sahaja. Jadi wajib kita memakai stoking sama seperti kita menutup kepala(memakai tudung)
Soalan kedua :
Tabaruj itu ialah berhias, untuk wanita islam berhiaslah sekadarnya supaya kita kelihatan kemas dan mengikuti lunas2 Islam dan syariat agama kita. Tidak melampau, dan tidak pula comot dan kotor sehingga boleh menjatuhkan imej wanita islam. Lihat sahajalah ustazah2 yg selalu keluar Tv seperti Dato Ustazah Siti Nor Bahiyah, Ustazah Asni Alhafizah kan mereka pun nampak cantik, Allah pun suka yang cantik.
Soalan ketiga :
Tentang warna tudung atau jenis kain yg patut digunakan?
Warna apa pun tkpelah, jenis kain pula kalau boleh janganlah jarang atau terlalu nipis ya hingga menampakkan yang hendak kita tutup iaitu tengkok.
Soalan keempat :
Adakah boleh kita guna tudung kain bawal yg bidang 45″ kerana kainnya jarang?
Ye betul tudung kain bawal adalah ‘jarang’tetapi boleh kita pakai dengan memakai tudung pendek di dalamnya. sekarang banyak dijual di kedai2 tudung. Anak tudung itu menutup tengkok. Bidang kain tudung bergantung kepada saiz badan kita sebenarnya yang kita selesa dan sesuai, jgnlah badan kita saiz besar dan tinggi kita pakai tudung yang bidang 45″ sbb ianya akan jadi pendek dan nampak kecil sgt tidak dapat menutup apa yang patutnya kita tutup. apa pun pastikan tudung kita itu labuh dan menutup dada kita terutamanya.. UStazah agak sedih kerana melihatkan tudung sekarang yang terlampau ringkas dan pendek sangat. Siapalah yang punya idea design tudung macam tu?.
Akhir kata , semoga jelas dan dapat membantu.
Wallahu’alam
-ustazah azimah-



April 11th, 2010 at 11:20 pm
Salam…
Ustazah, wajibkah seorang suami menyatakan gaji dan kemana wangnya dibelanjakan kepada isterinya.
April 11th, 2010 at 11:22 pm
Apakah hukumnya jika seorang suami menanggung hutang bapanya (bapa sihat dan masih bekerja) sedangkan suami tidak pernah memberikan wang belanja mahupun menyediakan keperluan untuk isterinya.
April 12th, 2010 at 12:20 pm
salam…ustazah,wajibkah bagi seseorang perempuan itu memakai tudung labuh untuk menutup aurat…adakah memakai tudung labuh itu wajib?
April 13th, 2010 at 9:21 pm
salam,
tksh kerana bertanya. Dalam Al quran meminta semua wanita muslim menutup aurat dengan betul dan labuhkan tudung sehingga menutupi buah dadanya. Jadi wajiblah tu hukumnya. tudung labuh tu tk kisah boleh dan elok dipakai. Jika tudung biasa yg bidang 45 inci pun jika menutupi buah dada (labuh le tu) masih boleh digunakan.
April 13th, 2010 at 9:22 pm
Hukumnya harus, jika bapa dh meninggal duni anak wajib bayar hutang bapanye.
April 13th, 2010 at 9:25 pm
salam kpd yg bertanya
tak wajib , tp sebaiknya kita sama2 berbincang suami tahu kemana duit isterinya dan isteri juga tahu kemana duit suaminya, dan memberi tugas masing2 supaya dapat meringgankan beban suami jika isteri bekerja (boleh bantu suami) semoga dapat mencapai keharmonian rumah tangga.
November 24th, 2010 at 9:18 am
Ustazah,
Saya ada seorang teman yang ingin membiayai wang perbelanjaan saya dan suami untuk menunaikan ibadah Haji. Boleh-kah saya terima wang itu.
Niat kawan saya baik, kerana mengenang masa kami sama sama lalui masa lalu dalam keadaan susah dan senang. Saya menolak pemberian dia tapi
dia masih ingin memberi.
Untuk pengetahuan Ustazah, saya suami isteri masih ada perkerjaan dan menyimpan wang untuk menampung keluarga dan masa akan datang. Kami memang sangat hendak menunaikan ibadah haji. Hanya Allah sahaja tahu masaalah kami dan bila Allah akan tunaikan hajat kami.
November 29th, 2010 at 11:44 am
salam ustazah.. saya sebenarnya xberapa faham tentang makna tabaruj..boleh ustazah jelaskan…terima kasih
January 8th, 2011 at 4:24 pm
salam salbiah
Alhamdulilah..dan tahniah jika sahabat baik puan nak membiyai permergian ke tanah suci. terpulang pd Pn nk terima atau tolak. Apa salahnya pn terima bg menyampaikan hajat baik sahabat Pn itu.
January 12th, 2011 at 6:12 pm
salamakma
tabaruj itu bermaksud permpuan yg bersolek atau berfesyen berlebih-lebihan. jika nk bersolek ata berkemas buatlah sekadarnya dan bersederhanalah.
January 21st, 2011 at 8:36 pm
assalammualaikum ustazah,saya da persoalan,saya nk sgt anta mak ngn ayah saya pegi menunaikan ibadah umrah,tapi saya kurang kemampuan jika hendak mgumpul wang,jika saya buat pinjaman bank,dan hntar mak ayah saya pergi menunaikan umrah..adkah wang itu dkira hutang dan tidak halal untuk proses suci ini..harap ustazah dapat beri sedikit penjelasan
January 25th, 2011 at 12:43 pm
salam ustazah
saya dah lama duk musykil tentang persoalan ni…jika kita dlm haid kita tidak boleh melakukan persetubuhan kan tp jika kita melakukan yg lain2 tanpa melakukan persetubuhan adakah saya berdosa ustazah
May 30th, 2011 at 10:49 am
Slam Uztazah
Saya nak tanya sah atau tidak solat sekiranya semasa sujud telapak tangan teralas dengan kain telekong maksud saya tidak di atas sejadah
Terima kasih