Solat dan Manusia Yang Pertama mengerjakannya..

solat-berjemaahAssalamualaikum WBT dan Salam Tahun Baru 2010

Bertemu lagi kita pada tahun yang baru ini. Sesungguhnya sudah lama ustazah tidak update blog ni kerana sememangnya sibuk dengan banyak perkara seperti membeli peralatan dan keperluan sekolah anak2, mengunjungi saudara mara yang mengadakan kenduri dan minggu lepas sibuk dengan mesyuarat disekolah.

Hari ini suka ustazah berkongsi dengan satu buku yang ustazah baca tentang “Solat Fardhu 5 waktu dan Siapakah Manusia Yang mula mengerjakannya”.

1. Solat Fardhu Subuh :
Waktunya bermula setelah terbit fajar sadiq hingga terbitnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakannya ialah Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s pun Solat 2 Rakaat. Begitulah asal usulnya solat subuh.

2. Solat Fardhu Zuhur :
Waktunya mulai gelincir matahari ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda itu sama betul panjangnya dengan benda itu.
Manusia pertama yang solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s , iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s , Apabila seruan itu datang sujudlah Nabi Ibrahim sebayank 4 rakaat.

3. Solat Fardhu Asar :
Waktunyandimulai setelah habis waktu Zuhur iaitu ketika bayangan sesuatu benda sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah terbenamnya matahari.
Manusia yang pertama mengerjakan solat ini ialah Nabi Yunus a.s tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus a.s di tepi pantai pada waktu Asar,. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu solat 4 rakaat.

4.Solat Fardhu Maghrib :
Waktunya mulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila cahaya merah telah hilang.
Manusia pertama yang mengerjakan Solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s , iaitu apabila baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan pada waktu itu matahari telah terbenam, Bersyukur Nabi Isa a.s lalu baginda solat 3 rakaat.

5. Solat Fardhu Isyak :
Waktunya dimulai setelah hilangnya cahaya merah sampai terbit fajar.
Manusia pertama yang melakukan solat ini ialah Nabi Musa a.s . Ketika itu Nabi Musa tersesat mencari jalan keluardari negeri Madyan. Baginda amat berdukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan berdukacitanya itu pada waktu Isyak. Lalu Nabi Musa a.s pun bersolat 4 rakaat sebagai tanda bersyukur.

Begitulah asal usul waktu solat fardhu 5 waktu yang dikerjakan oleh kaum Muslimin dan Muslimah.

Sekian buat kali ini.

Wassalam

-ustazah azimah-

3 thoughts on “Solat dan Manusia Yang Pertama mengerjakannya..

  1. Salam ustzh, kalau tak silap saya semasa Rasulullah S.A.W dimikrajkan bertemu dgn Allah menerima perintah solat fardu, bukankah 50 waktu yang wajibkan sehinggalah baginda menerima nasihat dari Nabi Musa A.S memohon dari Allah dikurangkan ke 5 waktu… jadi,macammana kita nak jelaskan kaitan antara ke 2 2 kisah ni? Maaf bertanya, sekadar ingin tahu

  2. salam buat Hazli

    betul tu ketika israk dan mikraj Nabi Mohd saw telah menerima syariat bhw semua umatnya diperintahkan oleh Allah bersolat 50wktu, tetpi stelah turun naik buat rayuan akhirnya dapatlah kita semua solat 5 waktu sehari smlm. Yang dikatakan Nabi2 yg tertentu solat adalah manusia yg m ula2 solat itu , ini bermaksud semua Nabi dan Rasul yg dilantik pun solat bukan Nabi Mohd saw shj yg solat. Nabi2 dan Rasul2 terdahulu pun puasa begitu juga Nabi Mohd saw dan juga kita 2 ni umatnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>