Merasai Kemanisan Iman..
Assalamualaikum WBT dan Salam MAal Hijrah
Alhamdulillah bertemu lagi kita, kali ini nustazah ingin berkongsi sebuah hadis yang ustazah baca bertajuk
” MERASAI KEMANISAN IMAN”
Daripada Ibnu Abbas r.a Nabi Saw bersabda: ” Dapat merasai kemanisan iman , orang yang meredhai ALLAH sebagai TUHAN, ISLAM sebagai AGAMA, dan MUHAMMAD sebagai RASUL.
Pengajaran yang kita dapati daripada hadis ini ialah:
1. Kemanisan Iman itu hanya boleh dirasai oleh orang yang:
* redho Allah sbg Tuhan
* Islam sbg Agama
* Nabi Muhammad saw sbg Rasul
2. Tidak merasa berat atau susah menjadi seorang Islam
3. Mentaati segala perintah Allah, Menjauhi Larangan-Nya
4. Menjadikan Nabi MUhammad saw idola sepanjang zaman
5. Bangga menjadi seorang yang Muslim atau beragama ISlam
6. Kemanisan iman akan membuat hidup kita serba lengkap, serba cukup dan sangat bahagia dan penuh ketenangan
Sekian dahulu buat kali ini
Wassalam
-ustazah azimah-






January 6th, 2010 at 9:06 pm
salam ustazah..hmm..kemanisan iman itu satu anugerah..alangkah untungnya jika kita dpt memiliki akannya..namun kne jgk berusaha kearahnya.huhu
January 8th, 2010 at 5:25 pm
salam kembali syah
betul tu, barangsiapa yang telah melaksanakan segala perintah Allah dan juga meninggalkan laranganNYa sahaja yang beroleh kemanisan iman itu.