Menunjuk Contoh Teladan yg Baik..
Assalamualaikum WBT dan Salam Persahabatan
Syukur kepada Allah SWT kerana diberi kesihatan dan kekuatan untuk menulis sesuatu buat tatapan dan bacaan kepada sesiapa yang sudi.
Suka ustazah berkongsi satu hadis yang ustazah baca iaitu Sebuah Hadis dari Abu Mas’ud al-Ansori r.a, Nabi s.a.w bersabda :
” Sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikkan, ia akan mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutnya”.
Pengajaran dari hadis di atas:
1. Kita mestilah menunjukkan(melakukan) kebaikan kepada semua orang
2. Setiap kebaikkan dan amalan yang baik akan mendapat ganjaran dari Allah
3. Kita juga akan mendapat ganjaran walaupun dari orang yang mengikuti jejak langkah(kebaikan) kita tadi
4. Kalau boleh kita lakukan kebaikan dengan harapan oranglain akan mengamalkan kebaikan yang sama juga
5. Kita juga hendaklah mengikut teladan atau contoh yang baik
6. Memuliakan orang yang memberikan kita contoh yang baik (ibu bapa guru atau lain2)
Kesimpulannya, ustazah menyeru kepada diri ustazah dan semua yang membaca untuk melakukan kebaikan, menunjukkan kebaikan kepada orang2 disekeliling kita. Dengan harapan agar oranglain akan mengikuti perbuatan baik itu, InsyaAllah terutama sekali anak2 dan ahli keluarga kita.
Wassalam
-ustazah azimah-






December 17th, 2009 at 3:21 pm
Salam Maal Hijrah untuk ustazah dan keluarga.
Kadang sekuntum senyuman yang diberi sudi mengembirakan hati.
December 17th, 2009 at 6:47 pm
salam perkenalan buat ustazah, senang hati mengenalimu. SALAM MAAL HIJRAH DR KAMI SEKELUARGA
December 17th, 2009 at 9:16 pm
salam perkenalan kembali, semoga ukhwah antara kita akan berpanjangan InsyaAllah