Malaikat dan tugasnya..
Assalamualaikum WBT dan Salam Ukhwah
Syukur kita kerana kita masih diberi Allah kesihatan supaya dapat lagi kita bertemu dan ustazah kali ini ingin berkongsi tajuk:
“MALAIKAT DAN TUGASNYA”
Percaya dan beriman kepada Malaikat adalah merupakan rukun Iman Yang Kedua.
Malaikat itu adalah hamba Allah yang sangat taat akan perintah Allah. Di jadikan daripada ‘NUR’ ataupun Cahaya. Tidak ada jantina samada lelaki,perempuan ataupun hunsa. Malaikat juga tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan juga tidak berkahwin. Bilangan Malaikat itu sangatlah banyak dan tidak dinyatakan dengan jelas cuma Yang wajib kita percayai dan beriman dengannya adalah sebanyak 10 sahaja.
Nama-nama Malaikat dan tugasannya.
1. Jibril/Jibrail tugasnya menyampaikan wahyu kepada Nabi2 dan Rasul2 Allah
2. Mikail - menurun rezeki / hujan
3. Israfil - meniup sangkakala bila hari hendak Kiamat
4. Izrail - mencabut/mengambil nyawa (malaikat maut)
5. Munkar 6. Nakir - menyoal mayat dalam kubur. 7 langkah sahaja orang hidup meninggalkan kubur yg baru ditanam lalu datanglah malaikat berdua ini
7. Raqib - menulis dan mencatat amalan kebaikan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kanan)
8. ‘Atid - menulis dan mencatat amalan kejahatan semasa kita di dunia ini (duduk dibahu kiri)
9. Ridhuan - menjaga pintu syurga
10. Malek - menjaga pintu neraka
Sampai sini dulu buat kali ini, sampai jumpa lagi.
Wassalam
-ustazah azimah-



December 11th, 2009 at 9:08 pm
Salam ustazah,
Terima kasih kerana terangkan nama & tugas2 malaikat,kadang2 terlupa.
Harap ustazah dpat terangkan pula sifat2 Allah di masa akan datang.
December 12th, 2009 at 11:22 am
salam HarizIhsan, ye betul tu kdg2 benda yg senang
sering dilupakan tu yg ustzh kongsikan. Sifat2 Allah ok boleh.
January 5th, 2010 at 10:46 am
salam ustazah, saya darjah 2.. memang tengah mencari tugas2 malaikat sebab saya sering terlupa tugas-tugasnya. terima kasih ustazah…saya harap lepas nie ustazah cerita tentang sifat2 mustahil bagi Allah..
January 5th, 2010 at 9:50 pm
salam aliyah, semoga blog ustazah dapat memberi manfaat kepada semua. tentang sifat mustahil bagi Allah tu InsyaAllah akan di tulis nanti.
Jemput selalu ke sini ye
June 27th, 2010 at 10:59 am
salam ustazah insyaallah kalau ada masa lapang saya akan jenguk blog ustazah azimah semoga dilimpahi rahmat ALLAH ….. ASALLAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATU saya sangat suka blog Ustazah Azimah …………….;]
August 9th, 2010 at 1:29 pm
salam to aliyah
tksh, jemput dtg selalu
January 11th, 2011 at 7:34 pm
terima kasih ustazah, saya baru darjah 2. Dari SRK batu berendam melaka…. dengan bantuan blog ustazah saya dapat siap kan kerja sekolah.
January 11th, 2011 at 8:58 pm
salam Hariz Ihsan
sama2 diucapkan. InsyaAllah bila berkelapangan ustazah akan tuliskan ye..
January 11th, 2011 at 8:59 pm
salam muhammad haikal
sama2.. Alhamdulillah, rajin2 belajar ye..