Potong..potong..ajelah
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dan pada kali ini dengan tajuk yg ustazah rasa sedang hangat waktu ini iaitu ‘potong’ataupun “berkhatan”.
Adapun Khitan atau Khatan (dalam istilah melayu) bermakna memotong kulit (kulup) yang menutupi kepala zakar (bagi lelaki) dan memotong sedikit hujung clitoris (bagi perempuan).
Hukum berkhatan ada yang berbeza pendapat ada yang mengatakan sunat dengan dalil sepotong hadis riwayat Imam Ahmad r.a daripada Nabi SAW yang bermaksud: “Khitan itu disunatkan bagi kaum lelaki, dan dimuliakan bagi kaum wanita”.
Manakala bagi yang mengatakan wajib pula berpegang kepada hadis riwayat al-Zuhri bahawa Nabi SAW pernah bersabda: “Baginya sesiapa yang masuk Islam, wajiblah ia berkhatan, sekalipun ia sudah dewasa”.
Kebanyakan ulama berpendapat khatan perlu dilakukan ketika anak menghampiri waktu baligh.
HIKMAH BERKHATAN:
1. Boleh membawa kepada kesempurnaan beragama
2. Membezakan antara orang Islam dan bukan Islam
3. Menjaga kesihatan dan mengawal syahwat
4. Pemeliharaan diri daripada bahaya penyakit
Ustazah pun sekarang ini sedang menjaga dan merawat dua orang putera ustazah yang telah berkhatan pada 30.11.2009 yang lalu. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar dengan kaedah baru iaitu berkhatan cara laser. Doa ustazah semoga putera ustazah itu nanti akan menjadai anak yang bertaqwa dan beriman kepada Allah swt, cemerlang, bahagia berjaya dunia dan akhirat InsyaAllah.
Wassalam
-ustazah azimah-





