Assalamualaikum wbt dan Salam AidilAdha
Buat semua pengunjung dan pembaca setia blog ustazah
Tajuk yang ustazah nak kongsikan disini kali ini ialah “KORBAN”
Sempena hari raya AidilAdha ini tajuk ini sangat sinonim le, Istilah Korban ialah : Korban bermaksud hampir, Dari segi Istilah pula menyembelih binatang tertentu pada hari raya AidilAdha atau Hari Tasrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri dengan Allah swt.
Dalil yang menerangkan tentang Qurban ini ialah : Surah AlKausar ayat 2. Yang bermaksud : “Maka dirikanlah solat kerana TuhanMu dan berkorbanlah”.
Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud ” Nabi SAW telah berkorban dengan menyembelih 2 ekor kibasy bewarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda menyebut nama Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.
Hukum Korban ialah Sunat Muakkad, iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi dihukumkan wajib apabila bernazar.
Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih sendiri binatang korbannya, jika tidak boleh menyembelih sunat melihat binatang korban itu semasa penyembelihan dilakukan.
Apakah pula binatang2 yg boleh dikorbankan:
Binatang3 itu mestilah elok keadaanya, sihat , tidak cacat, tidak buta, tidak kurus, tidak berkurap, dan sah untuk dikorbankan seperti berikut:
1. Kambing biri2 yg berusia satu tahun ke atas
2. Kambing biasa yg berusia 2 tahun ke atas
3. Unta yg berusia 5 tahun ke atas
4. Lembu atau kerbau yang berusia 2 tahun ke atas
Syarat orang yang ingin melakukan ibadah korban:
1. Islam
2. Baligh dan berakal
3. Berkemampuan
Justeru itu ustazah menyarakan kepada rakan pembaca yang berkemampuan bolehlah melakukan ibadah korban tersebut. Ustazah dan keluarga pun masih belum berkemampuan lagi , InsyaAllah kalau dapat ustazah berazam dan bercita-cita untuk melakukan ibadah korban itu suatu hari nanti InsyAllah. Moga Allah murahkan rezeki ustazah sekeluarga Aminnn…
Wassalam
-ustazah azimah-