Adab Memberi Salam..

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Bertemu kita lagi di catatan ustazah kali ini dgn tajuk yg suka ustazah kongsikan iaitu ” Adab Memberi Salam ”

Dalam Hadis Hurairah r.a berkata, Rasullulah SAW pernah bersabda:

1. Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki

2.Orang yang berjalan hendaklah memberi salam kepada orang yang duduk

3. Orang yang sedikit kenalah memberi salam kepada orang byang berkumpulan ataupun orang yang ramai

4.Disunatkan memberi salam dengan diulangi lebih dari sekalinjika orangnya banyak, supaya semua dapat mendengarinya

5. Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke suatu majlis dan ketika akan meninggalkannya

6. Makruh mengucapkan ‘alaikas salam, kerana ucapan itu untuk orang yang telah meninggal

7. Apabila dua orang sahabat berjumpa, cukuplah dengan bersalaman dan mengucapkan salam tanpa berpelukan kecuali bagi orang yang baru pulang dari perantauan

Wassalam

-ustazah azimah-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>