Bersyukur..
Assalamualaikum wbt dan Salam Persaudaraan
Suka Ustazah kali ini berkongsi tajuk :
“Bersyukur” terutama selepas makan dan minum
Bersyukur atau ucapan “Alhamdulilah” adalah satu ucapan yang paling ringan di bibir, tetapi amat berat timbangannya di akhirat nanti.
Sebuah Hadis yang bermaksud : ” ..Dan zikir Alhamdulilah memenuhi (memberatkan) timbangan, dan zikir Subhanallah dan Alhamdulilah , keduanya memenuhi ruang yang ada di langit dan di bumi..”
(HR: Imam Muslim)
Memanglah susah untuk mendapatkan amalan yang mudah dan ringan untuk dibuat, tetapi timbangannya memenuhi dan memberatkan timbangan pahala di Akhirat seperti zikir “Alhamdulillah”.
Kerana kehebatan zikir “Alhamdulilah” inilah, Allah SWT meletakkannya sebagai bacaan yang awal dalam surah AlFatihah yang juga digelar “Ummul Kitab” atau “Ibu AlQuran” yang wajib dibaca dalam apa jua solat yang hendak ditunaikan!
Sekarang mari kita lihat pula kelebihannya zikir “Alhamdulilah” ini dibaca setiap kali selepas makan dan minum.
1. Orang yang makan sesuap dan minum seteguk air dan mengucapkan “Alhamdulilah” Allah akan meredhai-NYa
2. Orang yang Allah redha akan ditempatkan bersama-sama orang2 yang soleh di Akhirat kelak
3. Orang2 itu juga mendapat tempat yang tinggi dan mulia di Hari Kiamat
4. Dan barangsiapa membaca doa selepas makan akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosa-dosanya yang telah lalu
Dari itu marilah kita bertanya kepada diri masing2 adakah kita mengucapkan “Alhamdulilah” setiap kali selepas makan dan minum, doa sebelum makan memang ramai yang baca tapi bila dah kenyang ..lupa nak baca doa selepas makan ye.
Sebab itulah kadangkala kita lihat amalan2 tertentu itu walaupun kelihatannya mudah, tetapi jika tidak mendapat hidayah dan taufik dari Allah SWT, maka perkara mudah pun akan menjadi payah, dan mudah pula dilupakan.
Jadi kesimpulnya marilah kita bersama2 mengamalkan doa sebelum dan selepas makan dan minum. Untuk beroleh keredhoan Allah.
Wassalam
-ustazah azimah-



November 15th, 2009 at 8:10 am
Salam ustazah,
trm kasih atas peringatan ini..mmg zaman skrg ni ramai yg sudah kurang bersyukur dgn nikmat yg Allah berikan..lihatlah betapa masjid2 yg didirikan indah2 belaka tapi lengang dari pengunjung..dari situ sudah tampak jelas tapi ramainya yg telah kurang bersyukur dan lebih mengejar dunia dari akhirat.
November 15th, 2009 at 11:54 pm
salam kzai,
betul tu. kekadang sedih juga. Saya dan suami selalu melatih diri kami dan anak2 supaya menjadi orang yang bersyukur..dgn apa yang kita miliki. Dan sentiasa berpegang ayat Allah yg bermaksud ” sekiranya kamu bersyukur , aku akan tambahkan nikmat dan sekiranya engkau kufur(tdk bersyukur) ingatlah azab seksaKU sgt pedih”.
November 18th, 2009 at 11:10 am
Salam ustazah.. entri yang sangat bermakna… masa zmn skolah dlu.. sbelum n slepas mkn mesti baca doa ngan kengkawan.. tapi skang.. lepas mkn kekadang teringt nak bc.. kekadang terlupa plak.. lepas ni.. sy nak sentiasa jadi org yg bersyukurlah.. insya-Allah.. (^__^)
November 18th, 2009 at 1:04 pm
salam buat farahin
eloklah tu, marilah kita sama2 membaca doa lepas makan dan minum ni ye. Menjadi org yg bersyukur akan menenangkan hati kita. sbb dgn sifat itu akan membuatkan kita rasa hidup kita sgt lengkap..
February 17th, 2010 at 9:35 am
Alhamdulillah syukur. Artikel yang baik ustazah. Hari ini ramai sangat orang yang sudah hilang rasa syukur mereka kerana mereka sudah hilang kesabaran ke atas setiap yang ditimpa mereka.
Tepat falsafah orang Jawa, bila ditimpa kemalangan jatuh motorsikal dikatanya, “Untung jatuh motor”…
Kesabaran punca manusia bersyukur dan tanda mereka itu bersyukur, tetapi untuk bersabar, asasnya adalah Istiqamah, betul kan ustazah…?
February 20th, 2010 at 12:55 pm
salam buat kamarul:
betul kasabaran membuatkan kita rasa bersyukur selain itu berfikir itu juga membuatkan kita bersyukur.
istiqamah itu maksudnya mengamalkan sesuatu perkara dengan berterusan.